Monday, 7 July 2014

Smartphone...Smartphone

"Bila azimah nak ada whats app?"
"Bila azimah nak pakai smartphone?"
"Alaaa... beli yang murah-murah pun tak apa".



Begitulah. Kak cik selalu dihujani dengan soalan-soalan tentang smartphone. Kak cik tak nak pakai ke? Nak! Teringin sangat! Ada game. Boleh access internet dengan mudah. Siapa tak nak kan?

Ke tak mampu nak beli? Errr, kalau kawan-kawan boleh kumpul duit elaun beli smartphone, kenapa kak cik tidak? ye dak?

Habis tu?


Percayalah, kak cik ada sebab yang tersendiri.

Kak cik bukanlah seorang yang menolak teknologi. Sumpah! Majalah PC lah yang mula-mula kak cik cari setiap kali berkunjung ke perpustakaan waktu sekolah dulu. Tapi kenapa tak nak guna smartphone? Kan salah satu gadget terkini tu?

Aip, kan kak cik dah kata kak cik ada sebab yang tersendiri.

Okay..okay... kak cik explain satu persatu supaya salah faham ini berakhir di sini ya.

Pertama :

Kak cik malu dengan ayah, emak, kakak dan abang-abang. Mereka telah bekerja, bergaji tetap tetapi tidak menggunakan smartphone (1-2 tahun yang lepas). Sedangkan kak cik masih pelajar, kerja pun tak tahawan hala lagi. Takkan nak berlagak hebat dari mereka kan?

Walaupun sekarang mereka semua dah ada smartphone masing-masing kecuali emak (ayah baru guna sebulan yang lepas), tapi kak cik masih malu dengan abang-abang dan kakak. Seingat kak cik, mereka mula menggunakan handphone ketika melangkah ke alam universiti. Itupun dengan duit sendiri. Kak cik ingat lagi, dulu, kami hanya menunggu panggilan kakak dari USM, sebab kakak menelefon kami dengan hanya menggunakan public phone. Sedangkan kak cik, kak cik ada handphone peribadi sendiri pemberian ayah ketika tingkatan 4!

Ke dua:

Smartphone tu harganya mahal. Ya, ada yang murah. itupun dalam lingkungan RM 300 kan? Selalunya, barang yang mahal-mahal ni kalau tidak terdesak sangat, kak cik hanya beli bersempena sesuatu. Contohnya mencapai target pointer ke. Sebab, bagi kak cik, awak mesti berusaha dulu, kemudian baru menghargai diri sendiri. Barulah benda yang kita beli itu bermakna dan punya sentimental value.

Ke tiga :

Baik, nakal, jahat, atau malasnya diri kita, kita sendiri je yang tahu. Walau baik macam mana pun kita berlakon depan orang, kita tetap tidak boleh tipu diri kita sendiri. Justeru, kak cik tahu, kak cik peminat sebarang game yang tegar, dan dengan game kak cik selalu melewat-lewatkan solat, malah kadang-kadang emak panggil 2-3 kali baru menyahut. Jadi, kak cik risau kalau kak cik semakin leka atau semakin ralit dengan adanya smartphone ni. Daripada mengejar kebaikan smartphone yang satu itu, lebih baik meninggalkannya daripada mendatangkan 1001 kemudaratan. Tak kisah lah, biarlah orang panggil kita batak pun.

Ke empat :

Kak cik selalu kecik hati kepada kawan-kawan atau saudara-mara sendiri yang tidak memberi perhatian kepada kita ketika mereka sedang bermain dengan smartphone. Kecil hati kan, kalau kita bercakap, tetapi muka pun tidak ditoleh. Kecik hati kan, bila kita disuruh ulang bercakap sebab mereka tidak menumpukan perhatian padahal kita bercakap di sebelah telinga dia sahaja. Justeru, kak cik harap, kalau suatu hari nanti ditakdirkan kak cik miliki smartphone sendiri, kak cik akan cuba elakkan semua ini.

**Untuk membeli smartphone ini, kak cik dah ada target tertentu yang perlu dicapai... Tapi malu nak cakap... :-) Takut tak jadi...

For my own philosophy,

Biarlah handphone kita koman pun, asal kita tidak kedekut kredit nak balas message orang. Buat apa ada smartphone mahal, tapi kredit sifar. Buat apa smartphone mahal kalau nak balas message kawan pun malas.

No comments:

Post a Comment