Wednesday, 27 August 2014

Dimana adab kita, anak?

Ayah duduk di sebelah,
Handphone di tangan,
Temenung si ayah,
Terleka si anak,

Yang azan di telingamu, bukan HP Samsung mu,
Yang bersusah memenuhi keperluanmu, bukan HP mahalmu,
Tapi ayahmu,
Yang melihat tingakahmu dalam diam...
Dan mungkin berfikir,
"Gajet itu lebih mahal dariku, seorang ayah tua"...

Monday, 11 August 2014

Meludah ke Langit


Betullah. Orang kata, hati-hati dalam menasihati orang lain, kelak kita juga turut di uji dengan kata-kata yang keluarga dari mulut kita sendiri.

Ketika itu, baru kita sedar dan akui dengan peribahasa Melayu "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul".

Sungguh. Sentap. Bila kita terumbang ambing, tidak ada siapa yang sudi menghulurkan tangan. Padahal, dialah orang yang kita cari di saat kita kesenangan untuk berkongsi kegembiraan.

Allah, sungguh, tidak pernah terdetik di hati ini nak ungkit segala kebaikan aku padanya. Tapi, ahhh...

Moga selepas ini, aku tidak berfikir dua kali untuk berbuat baik kepadanya lagi...

Berikan aku Ikhlas ya Allah.

Sunday, 10 August 2014

Throwback Childhood Memories : Bento-ing


Semalam sebelum tidur kak cik kunci jam awal. Pukul 4 pagi! Selalunya kunci jam pukul 5 pagi walaupun kadang-kadang boleh terbangun pukul 6 pagi..=_=''

Untuk apa kunci jam awal-awal? Sebab kak cik nak bangun siapkan bekal di atas. Apa susah-susah? Just letakkan dalam bekas je kan. Ya, tapi kak cik ni tak suka kalut-kalut.. Nak relax and cool je. Dah kalau bangun lewat, mesti jadi macam lipas kudung. Akhirnya semua benda buat dengan tak sempurna. Bonus, penat pun dapat.

Ketupat palas, kawan dari Besut bagi semalam. Kak cik simpan untuk sarapan pagi ini. Serunding ikan bilis, emak bagi. Chipsmore, beli di Giant semalam.

Waktu dok isi benda-benda ni dalam bekas, kak cik jadi teringat pada emak. Zaman berbento (bekal makanan dalam bahasa Jepun) ke sekolah. Tiap-tiap hari emak bekalkan makanan. Kalau tak sempat masak, emak akan beli di tepi jalan. 

Dan selalunya, emak akan letakkan dalam 2 bekas. 1 untuk kak cik. 1 lagi untuk kawan-kawan makan. Zaman itu, kak cik bangga sangat kalau bawa bekal ke sekolah. Indeed, i'm so proud. Walaupun kak cik tahu ada sesetengah kawan yang malu, sebab rasa dah besar, dah tak perlu nak bawa bekal makanan macam budak tadika. Terutamanya budak lelaki, ye dak? Hilang macho-nya.. Hehe.

Kenapa kak cik bangga? Ye lah. Sebab kak cik seorang je bawa bekal. Pagi-pagi, galas beg sekolah warna pink  di belakang. Satu tangan pegang botol air warna pink. Sebelah tangan lagi pegang beg makanan. Jalanlah tong teng tong teng ke kelas. Bangga tau!...

Bila fikirkan balik, hebatnya emak kita kan. Dalam keadaan sebagai seorang isteri yang bekerjaya, mana nak siapkan suami lagi (nasib baik ayah jenis yang pandai siap sendiri), mana nak siapkan anak-anak lagi (nasib baik kak cik juga jenis yang pandai siap sendiri..hehe), mana nak siapakn sarapan lagi. Dah tu, nak hantar anak ke sekolah lagi, terkejar-kejar nak pergi ke tempat kerja sendiri lagi... Aduh! Kita yang membayangkan pula yang mengeluh. Mereka tidak pernah letih ke?

Kak cik suka baca blog-blog ibu yang berkongsi perjalanan bento mereka bersama anak-anak. Ya, bagi mereka dapat menyediakan bekal makanan kepada anak-anak dan suami setiap pagi sesuatu yang membanggakan!... Mereka berkongsi resepi, berkongsi dekorasi, malah berkongsi petua bagaimana nak sediakan bento yang paling cepat!

Kak cik refleksi diri, nanti kak cik dah bekerja, dah punya suami, dah punya anak-anak, mampukah nak sediakan semua ini? Mampukah nak sediakan bekal makanan untuk anak-anak tiap-tiap hari??

Ya! Ayuh, kita cuba. Mana tahu, suatu hari nanti anak kita juga bakal menceritakan pada rakan-rakannya yang dia bangga dapat bawa bekal makanan ke sekolah setiap hari.. :-)

~I miss my Tupperware Lock-Lock for my bento... :-)

Saturday, 9 August 2014

Review : Cinta Suci Zahrana 2012


Well... well... well... Semua orang sedia maklum, kak cik memang terkebelakang sikit tentang industri hiburan tanah air, apatah lagi internasional. Buktinya? Nampak 4 digit nombor di akhir tajuk entre ini? 2012!!! Ya, filem ini diterbitkan 2 tahun yang lalu, dan kak cik baru nak share hari ni. Sebab? Kak cik baru tonton kelmarin! Haha...

Alkisahnya, saja jalan-jalan cari movie hujung minggu di youtube, lalu terjumpalah cerita ini. Bila tonton, wah! Seru banget... ;-)

Meh, kak cik cerita sedikit sepatah dua tentang sinopsis cerita ini walaupun kak cik rasa semua orang dah tahu. Kihkih.

Cerita ini berkisarkan tentang apa yang dilema seorang perawan tua. Orang kita panggil andartu ataupun anak dara tua. Dek kerana terlalu sibuk dalam pelajaran dan kerjaya, Dewi Zahrana (34 tahun) tak jumpa-jumpa lagi calon yang sesuai untuk dijadikan suami. Syarat untuk menjadi suaminya tidak susah. Tak perlu berjawatan tinggi. Tak perlu mempunyai status kewangan yang hebat. Hanya perlu menjadi seorang yang soleh, dapat membimbingnya serta menjadi contoh kepada anak-anaknya kelak.

Malangnya, ramai yang datang melamarnya kebanyakkan sudah beristeri 2,3. Dan ada juga yang mengunggutnya, kalau tidak terima lamaran, mungkin dia akan dipecat lantaran lelaki tersebut mempunyai kedudukan dan pengaruh yang tinggi di tempat kerja Zahrana.

Tidak kurang juga desakan keluarga. Ayahnya yang telah tua yang sangat berhajat melihat satu-satunya puteri mereka mendirikan rumah tangga sebelum dia meninggal. Sindiran orang kampung dan sebagainya. Lantas, Cinta Suci Zahrana untuk siapa sebenarnya???

Haaa, itu kalian perlu menontonnya sendiri. Kak cik kepilkan movie nya di akhir entre ini.. :-)

Kenalkan, pelakon-pelakon utama Cinta Suci Zahrana.

Ustazah Dewi Zahrana (Meyda Sefira)

Dalam cerita ini, Meyda Sefira nampak educated sangat. Terutama dalam poster filem di atas. Iyalah, dalam ni peranannya adalah sebagai seorang yang berkelulusan S2 atau sarjana ke dua atau MA. Dari riak muka nampak beliau sebagai seorang yang tegas dan berkarisma ;-)...

Mas Hasan (Miller Khan)

Haaa, ini heronya. Anak murid yang jatuh cinta pada pensyarahnya sendiri dan sedang melanjutkan S2 nya di Malaysia. 

*Baru google tadi. Miller ni asal Johor Bahru. Campuran arab-china-melayu (Patutlah segak sangat). Berhijrah ke indonesia sebab kerjayanya kurang memberangsang di Malaysia. Adik kepada pelakon Sabrina Ali dan sepupu Syamsul Yusoff... Wahh! Dalam keadaan lambakan assignment pun kak cik masih sempat google ini semua? Astaga....

Nama sebenar Miller adalah Mohammad Suhaemi Bin Ali Dad Khan. Tapi, kenapa Miller? Kenapa? Kenapa? 

Rahmad (Kholidi Asadil Alam)

Haaa, siapa yang tidak kenal dengan mas Azam ni kan. Hehe. Dalam cerita ini wataknya sebagai penjual keropok goreng. Bukti betapa Zahrana tidak memilih status sosial mahupun kewangan sebagai ukuran bakal suaminya, dia sanggup menerima Rahmad sebagai suaminya kerana yakin pada akhlak dan agamanya. Wah, ini susah nak diperaktikkan dalam kehidupan kita.T_T


Kak cik suka scene akhir ini. Rasanya dah ulang lebih 5 kali ! hehe.. Nakal!

"Mas..."
"Ya?"
"Urm... boleh... aku menciummu, mas?"
"Jangan..."
"Kenapa? Kitakan sudah suami isteri. Sudah halal..."
"Aku malu..."
"Malu sama siapa? Kita kan jauh dari orang-orang. Enggak ada yang melihat.."
"Urm.. aku malu sama...sama langit... sama pokok...tu, sama burung...."

:-)



Kak cik check online MPH semalam. Cari novel ini. Habis stok. :-(

Petang tadi, kak cik singgah di SMO, cari novelnya. Sayang sekali....tak ada...kehabisan stok...

 Hurm... memang salah kak cik la kan. Beli buku yang diterbitkan pada 2012 pada tahun 2014.. :-p

Siapa-siapa yang jumpa novel ini boleh tolong belikan? Nanti kak cik uruskan wangnya... :-)


sebut nama-Nya, 
dekat dengan-Nya, 
pinta pada-Nya
segala perkara hidup dan cintamu indah pada waktunya
takdirkan cinta atas restu-Nya,
atas pilihan-Nya
serahkan seluruh urusan cinta
dan hidup hanya pada Allah, Zahrana



Akhir sekali, maaf ya kak Oki Setiana Dewi. Aku jadi suka sama kak Meyda Sefira...Hiks...

Monday, 4 August 2014

Sharing is caring : handsock cotton

Dulu, zaman sekolah, tak pernah ada kesedaran nak pakai benda alah ni. Sebab di sekolah memang wajib pelajar perempuan buat baju tangan cekak musang. Walaupun bercekak, masih lagi tak terjamin yang aurat betul-betul tertutup rapi.

Pernah pakai sekali, masa ikut mak pergi umrah. Iyalah..Berlagak alim kan. Hehe. Bila balik ke Malaysia yang panas ni (padahal mekah lagi panas), balik kepada keadaan asal yang jahil.

Sampailah satu hari...Suatu hari di kelas 5 Amanah, Ustaz 'Fikri' masuk. Kebetulan ustaz pun pakai baju kemeja batik yang tangannya pun dicekik. Ustaz kata, 

"Okay, cuba kamu angkat tangan macam ni"

Ustaz angkat tangan tinggi-tinggi. Kami meniru.
Pastu ustaz tanya had aurat perempuan. 
Kami jawab.

Pastu ustaz tanya,
Jadi, tangan awak yang nampak tu dikira aurat tak?
Kami terdiam. Tahu kami salah.

Sejak dari itu, semua orang berubah. tapi kak cik masih sama. Rimas la pakai handsock/stongan segala. Rimas, panas, tak selesa.

Sampailah bila dah masuk UIA. Betullah orang kata, kadang-kadang persekitaran juga menjadi guru tidak rasmi kita. Bila semua orang pakai, kita jadi malu. Jadi kita pun pakai. Mula-mula pakai sebab nak ikut orang, tapi lama-lama jadi macam benda wajib. 

Kat UIA, memang selalu ada expo jual barang-barang keperluan muslimah ini. Dari situ jugaklah kak cik kenal inner tudung untuk tudung bawal yang jarang yang boleh nampak tengkuk kita bila duduk bawah panas terik.

Berbalik kepada kisah handsock, handsock pertama kak cik beli adalah di EXPO di UIA tersebut. Harganya RM8 warna pink. Rentetan daripada itu, mulalah buat banyak koleksi warna. Macam-macam harga. Rate antara serendah RM2 sehingga RM10. Bergantung kepada kualiti kain dan saiz.

Sebenarnya kak cik ni ada alahan dengan beberapa jenis handsock ni. Ada yang gatal bila pakai sebab renda di hujung. Ada yang panas, bila berpeluh cepat gatal. Ada yang naik ruam-ruam. Hurm...Banyak cubaannya bila kita nak ikut syariat ni..Hurm..

Kak cik ada jumpa satu handsock ni. Beli di mydin je. Tapi tak tahan lama. Cepat berbulu, getah loose. Bila pakai je melorot jatuh ke bawah. Beli kat mydin. Di sebabkan susah nak jumpa, bila pergi mydin je, dah habis. Tak ada. Bertahanlah sampai setahun lebih guna handsock yang berbulu tu.

Beberapa minggu sebelum raya, kak cik terjumpa iklan handsock cotton ni. Memang angan-angan nak beli handsock dan stokin baru untuk raya. Agak mahal. Tapi berbaloi. Sekitar RM10/sepasang. Tapi BERBALOI. Walaupun kain nampak tebal, tapi tak panas langsung! Tak melorot, sebab memang tak de getah pun kat hujung, so, memang tak de istilah 'getah loose' lah kan. :-)



Walaupun rasa macam mahal, tak apa. Demi auratku maruahku, apa salahnya berbelanja sekali sekala...Kak cik segan (malu) nak tempek gambar testimoni. So, gambar ni fresh dari FB penjual... Apa-apa boleh contact saudari Wani ok... :-)

Review : Ulu Yam di Liverpool 2



UYDL

UYDL2

Baru-baru ni kak cik beli buku Ulu Yam di Liverpool 2 (UYDL2) terus dari penulisnya (Abang Naz a.k.a Nazali Noor). Siap dapat signature lagi tau! Tak payah nak beratur panjang. :-)

Kak cik tak pernah baca UYDL versi pertama. Sekarang dalam proses pembelian. Tak best lah kan kalau dah baca versi ke dua tapi tak baca versi pertama. Padahal UYDL2 adalah kesinambungan UYDL.

Umumnya, buku ni berkisarkan tentang kehidupan seorang budak ulu yang ingin keluar dari 'comfort zone' dan berhijrah ke liverpool untuk menggapai kehidupan yang lebih baik.

Di sini, jujurnya sebelum ini kak cik tak pernah tahu di mana letaknya Ulu Yam. And, of course, kak cik sangat lemah dengan subjek geografi. Tak pernah dapat A pun seumur hidup! Lantaran itu setiap kali kak cik tersilap tentang nama tempat, atau menganggar jarak dan sebagainya ayah selalu pesan "Itulah pentingnya belajar geografi. Dok saja-saja, cubalah buka atlas (peta)". Menurut ayah lagi, kalau kita tengok peta, kita seolah-olah seperti burung yang terbang tinggi. Hehe..


Okay, berbalik kepada buku ini. Abang Naz mengajak kita beramai-ramai berhijrah. Mungkin sekarang kita berada pada zon yang selesa. Pergi kerja, balik kerja, cukup bulan dapat gaji, lepas itu kitaran itu berlaku lagi. Tapi sampai bila kita nak berada pada tempat yang sama. Analogi yang Abang Naz beri seperti seekor hamster yang berlari-lari di roda permainannya. Penat berlari, tapi sampai bila? Hamster tersebut masih berada pada titik, posisi dan tempat yang sama. 

Mungkin ramai yang cakap nak keluar dari comfort zone ni risikonya tinggi. Iyalah, Antonim 'selesa' mestilah 'tidak selesa' kan? Dan dalam buku itu, Abang Naz banyakkk kali pesan yang hijrah ini tidak pernah mudah. Rasulullah sendiri berhijrah ke Madinah. Dan hijrah Rasulullah tidak pernah mudah. Dalam perjalanan Rasulullah ke madinah bersama Abu Bakar as-Siddiq r.a pun dilalui dengan pelbagai halangan dan rintangan.

Abang Naz dan Kak Ain sumber gambar

Tapi, Abang Naz juga tidak lupa menggambarkan yang sebenarnya perjalan hijrah ini manis sebenarnya. Walaupun susah di awalnya, tapi insyaAllah kesenangan di akhirnya. Rasulullah sendiri, dalam kepayahan berhijrah, terpaksa tinggalkan Makkah al-Mukarramah yang dicintai, tapi kerana hijrah Rasulullah tersebut, negara Madinah dikenali dan Islam tersebar dengan pesat, mahsyur ke seluruh segenap ruang. Dan kerana itu, Islam yang kita anuti sekarang sampai ke negara kita. Kerana hijrah Rasulullah. Kerana kepayahan Rasulullah. Kerana pengorbanan Rasulullah.

Buku ini juga bercerita tentang kasih sayang. Kasih sayang seorang anak kepada orang tua. Kasih sayang seorang suami kepada isteri. Kasih sayang seorang isteri kepada suami. Kasih sayang seorang ayah kepada anak. Dan tak lupa juga pengorbanan seorang isteri kepada keluarganya. Kerana kasih sayanglah hijrah menjadi lebih manis dan mudah. Kerana kasih sayanglah kita mampu bertahan sampai sekarang. Sungguh, buku ini sarat dengan adengan romantis dan babak kasih sayang yang mampu menitiskan air mata! *Sila sediakan sekotak tisu di tepi ya setiap kali baca buku ini. :-)

Mat Saleh celup!!! Anak ke-empat Abang Naz, Adam... I adore him so much...:-) 
sumber : FB Abang Naz

Apabila kak cik baca review orang lain, yes!!! Perasaan kami selepas baca buku UYDL2 ni adalah sama! Iaitu teringin sangat nak jumpa Kak Ain (isteri Abang Naz). Kami lebih terinspirasi dengan isteri penulis dari penulis sendiri. Hehe. Hebatnya peranan seorang isteri. Di sebalik kejayaan seorang suami, ada seorang isteri yang mendokong di belakang pundak suaminya! Seorang isteri yang sentiasa berkorban apa sahaja dan seorang suami yang menghargai pengorbanan seorang isteri. :-) so sweet ~

Pilu dalam Menyambut Aidilfitri

Dah habis puasa 6? Kalau dah habis, boleh lah beraya kan? Kak cik, start pun belum lagi. Kalau ada di rumah, mana boleh puasa. Masa itulah nak melahap apa yang emak masak kan? Kan masakan ibu itu yang paling best di dunia!

Perasan tak? Dalam tv, radio atau media bercetak seperti surat khabar sekalipun sering diingatkan supaya dalam kita berseronok dan bergembira di hari raya, jangan dilupa kepada tragedi yang baru saja dialami oleh negara kita iaitu tragedi MH17.

Sedih kan? Sebelum ni kita hanya dengar berita-berita sedih ni berlaku di luar negara je. Tapi, sekarang negara kita yang alami sendiri. Tak sangka! Macam mimpi!

Walaupun dalam MH17 tu tak ada seorang pun yang kita kenal, tak ada adik beradik kita...  tapi rasa sugul itu tetap menyelebungi diri. Hiba setiap kali tengok wartawan temu ramah si anak yang rindukan emak. Hati mana yang tidak diruntun pilu bila melihat anak kecil yang menangis kerana rindukan emak dan tidak dapat diseka oleh si ibu. Akhirnya, tangan kecil itu sendiri yang menyapu air mata yang jatuh. :'(

Entre raya kali ini pendek je dan tak ada gambar... Sedih kan... Alfatihah buat mangsa korban MH17.

*Ajal maut di mana-mana dan dalam pelbagai cara. Sentiasalah berdoa moga diperoleh husnul khatimah...