Saturday, 9 August 2014

Review : Cinta Suci Zahrana 2012


Well... well... well... Semua orang sedia maklum, kak cik memang terkebelakang sikit tentang industri hiburan tanah air, apatah lagi internasional. Buktinya? Nampak 4 digit nombor di akhir tajuk entre ini? 2012!!! Ya, filem ini diterbitkan 2 tahun yang lalu, dan kak cik baru nak share hari ni. Sebab? Kak cik baru tonton kelmarin! Haha...

Alkisahnya, saja jalan-jalan cari movie hujung minggu di youtube, lalu terjumpalah cerita ini. Bila tonton, wah! Seru banget... ;-)

Meh, kak cik cerita sedikit sepatah dua tentang sinopsis cerita ini walaupun kak cik rasa semua orang dah tahu. Kihkih.

Cerita ini berkisarkan tentang apa yang dilema seorang perawan tua. Orang kita panggil andartu ataupun anak dara tua. Dek kerana terlalu sibuk dalam pelajaran dan kerjaya, Dewi Zahrana (34 tahun) tak jumpa-jumpa lagi calon yang sesuai untuk dijadikan suami. Syarat untuk menjadi suaminya tidak susah. Tak perlu berjawatan tinggi. Tak perlu mempunyai status kewangan yang hebat. Hanya perlu menjadi seorang yang soleh, dapat membimbingnya serta menjadi contoh kepada anak-anaknya kelak.

Malangnya, ramai yang datang melamarnya kebanyakkan sudah beristeri 2,3. Dan ada juga yang mengunggutnya, kalau tidak terima lamaran, mungkin dia akan dipecat lantaran lelaki tersebut mempunyai kedudukan dan pengaruh yang tinggi di tempat kerja Zahrana.

Tidak kurang juga desakan keluarga. Ayahnya yang telah tua yang sangat berhajat melihat satu-satunya puteri mereka mendirikan rumah tangga sebelum dia meninggal. Sindiran orang kampung dan sebagainya. Lantas, Cinta Suci Zahrana untuk siapa sebenarnya???

Haaa, itu kalian perlu menontonnya sendiri. Kak cik kepilkan movie nya di akhir entre ini.. :-)

Kenalkan, pelakon-pelakon utama Cinta Suci Zahrana.

Ustazah Dewi Zahrana (Meyda Sefira)

Dalam cerita ini, Meyda Sefira nampak educated sangat. Terutama dalam poster filem di atas. Iyalah, dalam ni peranannya adalah sebagai seorang yang berkelulusan S2 atau sarjana ke dua atau MA. Dari riak muka nampak beliau sebagai seorang yang tegas dan berkarisma ;-)...

Mas Hasan (Miller Khan)

Haaa, ini heronya. Anak murid yang jatuh cinta pada pensyarahnya sendiri dan sedang melanjutkan S2 nya di Malaysia. 

*Baru google tadi. Miller ni asal Johor Bahru. Campuran arab-china-melayu (Patutlah segak sangat). Berhijrah ke indonesia sebab kerjayanya kurang memberangsang di Malaysia. Adik kepada pelakon Sabrina Ali dan sepupu Syamsul Yusoff... Wahh! Dalam keadaan lambakan assignment pun kak cik masih sempat google ini semua? Astaga....

Nama sebenar Miller adalah Mohammad Suhaemi Bin Ali Dad Khan. Tapi, kenapa Miller? Kenapa? Kenapa? 

Rahmad (Kholidi Asadil Alam)

Haaa, siapa yang tidak kenal dengan mas Azam ni kan. Hehe. Dalam cerita ini wataknya sebagai penjual keropok goreng. Bukti betapa Zahrana tidak memilih status sosial mahupun kewangan sebagai ukuran bakal suaminya, dia sanggup menerima Rahmad sebagai suaminya kerana yakin pada akhlak dan agamanya. Wah, ini susah nak diperaktikkan dalam kehidupan kita.T_T


Kak cik suka scene akhir ini. Rasanya dah ulang lebih 5 kali ! hehe.. Nakal!

"Mas..."
"Ya?"
"Urm... boleh... aku menciummu, mas?"
"Jangan..."
"Kenapa? Kitakan sudah suami isteri. Sudah halal..."
"Aku malu..."
"Malu sama siapa? Kita kan jauh dari orang-orang. Enggak ada yang melihat.."
"Urm.. aku malu sama...sama langit... sama pokok...tu, sama burung...."

:-)



Kak cik check online MPH semalam. Cari novel ini. Habis stok. :-(

Petang tadi, kak cik singgah di SMO, cari novelnya. Sayang sekali....tak ada...kehabisan stok...

 Hurm... memang salah kak cik la kan. Beli buku yang diterbitkan pada 2012 pada tahun 2014.. :-p

Siapa-siapa yang jumpa novel ini boleh tolong belikan? Nanti kak cik uruskan wangnya... :-)


sebut nama-Nya, 
dekat dengan-Nya, 
pinta pada-Nya
segala perkara hidup dan cintamu indah pada waktunya
takdirkan cinta atas restu-Nya,
atas pilihan-Nya
serahkan seluruh urusan cinta
dan hidup hanya pada Allah, Zahrana



Akhir sekali, maaf ya kak Oki Setiana Dewi. Aku jadi suka sama kak Meyda Sefira...Hiks...

No comments:

Post a Comment