Monday, 4 August 2014

Review : Ulu Yam di Liverpool 2



UYDL

UYDL2

Baru-baru ni kak cik beli buku Ulu Yam di Liverpool 2 (UYDL2) terus dari penulisnya (Abang Naz a.k.a Nazali Noor). Siap dapat signature lagi tau! Tak payah nak beratur panjang. :-)

Kak cik tak pernah baca UYDL versi pertama. Sekarang dalam proses pembelian. Tak best lah kan kalau dah baca versi ke dua tapi tak baca versi pertama. Padahal UYDL2 adalah kesinambungan UYDL.

Umumnya, buku ni berkisarkan tentang kehidupan seorang budak ulu yang ingin keluar dari 'comfort zone' dan berhijrah ke liverpool untuk menggapai kehidupan yang lebih baik.

Di sini, jujurnya sebelum ini kak cik tak pernah tahu di mana letaknya Ulu Yam. And, of course, kak cik sangat lemah dengan subjek geografi. Tak pernah dapat A pun seumur hidup! Lantaran itu setiap kali kak cik tersilap tentang nama tempat, atau menganggar jarak dan sebagainya ayah selalu pesan "Itulah pentingnya belajar geografi. Dok saja-saja, cubalah buka atlas (peta)". Menurut ayah lagi, kalau kita tengok peta, kita seolah-olah seperti burung yang terbang tinggi. Hehe..


Okay, berbalik kepada buku ini. Abang Naz mengajak kita beramai-ramai berhijrah. Mungkin sekarang kita berada pada zon yang selesa. Pergi kerja, balik kerja, cukup bulan dapat gaji, lepas itu kitaran itu berlaku lagi. Tapi sampai bila kita nak berada pada tempat yang sama. Analogi yang Abang Naz beri seperti seekor hamster yang berlari-lari di roda permainannya. Penat berlari, tapi sampai bila? Hamster tersebut masih berada pada titik, posisi dan tempat yang sama. 

Mungkin ramai yang cakap nak keluar dari comfort zone ni risikonya tinggi. Iyalah, Antonim 'selesa' mestilah 'tidak selesa' kan? Dan dalam buku itu, Abang Naz banyakkk kali pesan yang hijrah ini tidak pernah mudah. Rasulullah sendiri berhijrah ke Madinah. Dan hijrah Rasulullah tidak pernah mudah. Dalam perjalanan Rasulullah ke madinah bersama Abu Bakar as-Siddiq r.a pun dilalui dengan pelbagai halangan dan rintangan.

Abang Naz dan Kak Ain sumber gambar

Tapi, Abang Naz juga tidak lupa menggambarkan yang sebenarnya perjalan hijrah ini manis sebenarnya. Walaupun susah di awalnya, tapi insyaAllah kesenangan di akhirnya. Rasulullah sendiri, dalam kepayahan berhijrah, terpaksa tinggalkan Makkah al-Mukarramah yang dicintai, tapi kerana hijrah Rasulullah tersebut, negara Madinah dikenali dan Islam tersebar dengan pesat, mahsyur ke seluruh segenap ruang. Dan kerana itu, Islam yang kita anuti sekarang sampai ke negara kita. Kerana hijrah Rasulullah. Kerana kepayahan Rasulullah. Kerana pengorbanan Rasulullah.

Buku ini juga bercerita tentang kasih sayang. Kasih sayang seorang anak kepada orang tua. Kasih sayang seorang suami kepada isteri. Kasih sayang seorang isteri kepada suami. Kasih sayang seorang ayah kepada anak. Dan tak lupa juga pengorbanan seorang isteri kepada keluarganya. Kerana kasih sayanglah hijrah menjadi lebih manis dan mudah. Kerana kasih sayanglah kita mampu bertahan sampai sekarang. Sungguh, buku ini sarat dengan adengan romantis dan babak kasih sayang yang mampu menitiskan air mata! *Sila sediakan sekotak tisu di tepi ya setiap kali baca buku ini. :-)

Mat Saleh celup!!! Anak ke-empat Abang Naz, Adam... I adore him so much...:-) 
sumber : FB Abang Naz

Apabila kak cik baca review orang lain, yes!!! Perasaan kami selepas baca buku UYDL2 ni adalah sama! Iaitu teringin sangat nak jumpa Kak Ain (isteri Abang Naz). Kami lebih terinspirasi dengan isteri penulis dari penulis sendiri. Hehe. Hebatnya peranan seorang isteri. Di sebalik kejayaan seorang suami, ada seorang isteri yang mendokong di belakang pundak suaminya! Seorang isteri yang sentiasa berkorban apa sahaja dan seorang suami yang menghargai pengorbanan seorang isteri. :-) so sweet ~

No comments:

Post a Comment