Sunday, 10 August 2014

Throwback Childhood Memories : Bento-ing


Semalam sebelum tidur kak cik kunci jam awal. Pukul 4 pagi! Selalunya kunci jam pukul 5 pagi walaupun kadang-kadang boleh terbangun pukul 6 pagi..=_=''

Untuk apa kunci jam awal-awal? Sebab kak cik nak bangun siapkan bekal di atas. Apa susah-susah? Just letakkan dalam bekas je kan. Ya, tapi kak cik ni tak suka kalut-kalut.. Nak relax and cool je. Dah kalau bangun lewat, mesti jadi macam lipas kudung. Akhirnya semua benda buat dengan tak sempurna. Bonus, penat pun dapat.

Ketupat palas, kawan dari Besut bagi semalam. Kak cik simpan untuk sarapan pagi ini. Serunding ikan bilis, emak bagi. Chipsmore, beli di Giant semalam.

Waktu dok isi benda-benda ni dalam bekas, kak cik jadi teringat pada emak. Zaman berbento (bekal makanan dalam bahasa Jepun) ke sekolah. Tiap-tiap hari emak bekalkan makanan. Kalau tak sempat masak, emak akan beli di tepi jalan. 

Dan selalunya, emak akan letakkan dalam 2 bekas. 1 untuk kak cik. 1 lagi untuk kawan-kawan makan. Zaman itu, kak cik bangga sangat kalau bawa bekal ke sekolah. Indeed, i'm so proud. Walaupun kak cik tahu ada sesetengah kawan yang malu, sebab rasa dah besar, dah tak perlu nak bawa bekal makanan macam budak tadika. Terutamanya budak lelaki, ye dak? Hilang macho-nya.. Hehe.

Kenapa kak cik bangga? Ye lah. Sebab kak cik seorang je bawa bekal. Pagi-pagi, galas beg sekolah warna pink  di belakang. Satu tangan pegang botol air warna pink. Sebelah tangan lagi pegang beg makanan. Jalanlah tong teng tong teng ke kelas. Bangga tau!...

Bila fikirkan balik, hebatnya emak kita kan. Dalam keadaan sebagai seorang isteri yang bekerjaya, mana nak siapkan suami lagi (nasib baik ayah jenis yang pandai siap sendiri), mana nak siapkan anak-anak lagi (nasib baik kak cik juga jenis yang pandai siap sendiri..hehe), mana nak siapakn sarapan lagi. Dah tu, nak hantar anak ke sekolah lagi, terkejar-kejar nak pergi ke tempat kerja sendiri lagi... Aduh! Kita yang membayangkan pula yang mengeluh. Mereka tidak pernah letih ke?

Kak cik suka baca blog-blog ibu yang berkongsi perjalanan bento mereka bersama anak-anak. Ya, bagi mereka dapat menyediakan bekal makanan kepada anak-anak dan suami setiap pagi sesuatu yang membanggakan!... Mereka berkongsi resepi, berkongsi dekorasi, malah berkongsi petua bagaimana nak sediakan bento yang paling cepat!

Kak cik refleksi diri, nanti kak cik dah bekerja, dah punya suami, dah punya anak-anak, mampukah nak sediakan semua ini? Mampukah nak sediakan bekal makanan untuk anak-anak tiap-tiap hari??

Ya! Ayuh, kita cuba. Mana tahu, suatu hari nanti anak kita juga bakal menceritakan pada rakan-rakannya yang dia bangga dapat bawa bekal makanan ke sekolah setiap hari.. :-)

~I miss my Tupperware Lock-Lock for my bento... :-)

No comments:

Post a Comment