Sunday, 28 September 2014

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 4

Wah, sedar tak sedar sudah masuk kali ke-empat ye kak cik berPBS!! Atau dalam bahasa inggerisnya disebut sebagai School Based Experience. Tapi bila di sekolah, kami tidak boleh perkenalkan diri sebagai guru PBS, nanti seluruh warga sekolah terpinga-pinga. Sebab di sekolah sendiri sudah ada PBS iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Jadi, kami akan perkenalkan diri sebagai guru ROS (Rancangan Orientasi Sekolah), makanya tak ada siapa pun yang akan bertanya 'ROS' itu apa. :-)

*Dulu PBS itu dikenali sebagai ROS. Sama saja cuma ada pembaharuan dari sudut nama.

Bila sudah 4 kali berPBS, makananya kak cik sudah berada di semester ke 4. Berbaki lagi 4 semester. Duhai diri, cepat-cepatlah "DEADLY FALL IN LOVE with this profession". =_=''

PBS kali ke 4 ini, sangat manis rasanya. Bukan di lidah, tapi di hati. Mungkin sebab PBS terakhir, jadi kita akan menikmati semua waktu yang ada. Entah kenapa, rasa suka sangat dengan sekolah ini, SK Pintas Raya, Batu Pahat, Johor. Eh, jauhnya kak cik berPBS! Iya! Sengaja pilih sekolah jauh-jauh. Teringin nak tahu perbezaan sekolah-sekolah di setiap negeri, chewah!. Lagi pula orang tua-tua berkata jauh perjalanan luas pengetahuan, kan?

Hari pertama, menjejakkan kaki ke SK Pintas Raya ni, hati ni dah terdetik, "Menyesalnya pilih sekolah jauh-jauh, kalau pilih sekolah di Kedah kan senang, boleh berlama-lama di rumah". Tapi kak cik tepis jauh-jauh, kita datang nak cari pengalaman kan? Kenalah berkorban berjauhan dari rumah. :-)

Bila masuk, guru besar suruh kami (kami merujuk kepada kak cik dan seorang kawan kak cik) pergi ke perhimpunan. Perasaan? Of course lah tiba-tiba 'ruhh' sebagai pendidik tu ada sebab duduk sebaris dengan cikgu-cikgu lain. Hiks.


Bacaan ikrar.

Usai jer perhimpunan kami bergerak ke bilik guru besar. Keluar je kami dari bilik guru besar, terus ada Guru Panitia Pendidikan Islam dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di luar yang setia menunggu kami. Wah! Ini dikira sangat bagus. 3 buah sekolah sebelum ini kami yang terpaksa mencari sendiri siapakah PK HEM? Siapakah Panitia Pendidikan Islam? Siapakah Guru Pendidikan Islam (GPI). Kalau macam ini, tidaklah kami kekok tersenyum simpul nak tanya cikgu-cikgu kan. Hehe.

Setelah berbincang mengenai apa yang kami mahukan dan apa yang mereka boleh tolong, maka kami pun berjalan-jalan makan angin di sekitar kawasan sekolah. Sekolahnya tak besar, tapi cantik dan bersih! Kak cik suka padang sekolahnya, hijau yang mempersona!.. Seperti biasa, "Kami cikgu ROS", itulah sebaris ayat yang diucap setiap kali ditanya oleh guru-guru, kakak-kakak kantin, dan abang-abang tukang kebun. Peramah juga ya orang Johor ni. :-)

Saja je ni nak berlagak jadi guru penyanyang. ^_~

Di mana-mana sekolah pun kak cik suka perhati di dinding-dinding pondok atau susur gajah, sebab kat situ selalunya tertampal kata-kata yang kadang-kadang kita yang dah hidup lebih 20 tahun inipun belum pernah dengar. Orang kata mahu kaya jiwa, rajin-rajinkanlah diri membaca karya sastera! Aha!..

Jujur, nak... inilah kali pertama cikgu tengok batu seremban, dan sudah tentu ini jugak kali pertama cikgu pegang batu seremban! T_T...

Selama seminggu berada di SK Pintas Raya ini, kami berkampung di Musolla As-Syakirin yang berada di tingkat atas. Bukan tidak ada tempat di bilik guru, tetapi kami lebih selesa di situ. Di situlah kami berkenalan dengan Panitia Pendidikan Islam dengan lebih dekat. Namanya Ustazah Rosmah. Orangnya? MasyaAllah baik sangat. Tidak sempat kami bertanya dia sudah menjawab segala kekeliruan di minda fikir kami. Macam tidak ada hijab antara Ustazah Rosmah dengan apa yang kami fikirkan. Hehe.

Orangnya sangat sibuk. Kak cik juga difahamkan panitia pendidikan islam merupakan antara panitia yang paling aktif di sini. Jadi, tidak mustahil lah kalau kami jarang-jarang nampak beliau di Musolla (mejanya di situ). Ustazah Rosmah hanya masuk ke Musolla sama ada untuk bersolat atau melepaskan lelah di situ. Justeru, waktu yang terluang itulah yang kami gunakan untuk berkongsi dan bertanya tentang itu dan ini.

Antara pesanan beliau yang sempat kak cik ingat dan catat di rumah, kata beliau ,

"Sekecil mana pun sekolah yang kamu akan pergi nanti, jiwa kita mesti besar. Mesti ada niat nak bimbing murid-murid".

"Kita spesial sebab kita 'ustazah'. Rasa tanggungjawab itu perlu ada 'lebih' berbanding guru-guru lain"... dalam erti kata lain, kita harus dijadikan sebagai contoh kepada orang lain..

Bila ber-titled sebagai seorang 'ustazah' ni, Allahu akbar. Beratnya. Sebab diri ini akan jadi benchmark kepada orang lain. Kerana itu dari dulu kak cik suka perkenalkan diri pada anak-anak murid, "panggil cikgu azimah okay" ;-)...

Ustazah Rosmah... Terinspirasi dengan caranya... :-)

Sepanjang seminggu di sana, kami sempat masuk ke kelas beberapa guru. Sebab dalam tugasan kerja kursus, kami dikehendaki untuk merekod perjalanan P&P (pengajaran dan pembelajaran). Jadi atas ihsan guru-guru kami dibenarkan masuk. Antaranya adalah ustazah Rosmah! SubhanaLLAH, kak cik betul-betul terinspirasi dengan cara pengajarannya. Ada unsur kecindan. Murid-murid tampak seronok sangat. Teringin nak ada nilai tambah macam tu. Masalahnya kak cik tak pandai buat lawak lah! Dan orang selalu kata "azimah ni...garanglah!". =_=''

Selama berada di sana juga, ustazah Rosmah beri kami peluang masuk ke kelasnya, tahun 1 dan tanpa keberadaannya. Tapi bukan masuk suka-suka. Perlu sambung pelajaran yang lepas. :-) Saya suka! Okay, first thing mind set dah cakap, kena buat muka garang. Tanggapan pertama murid itu penting supaya mereka ada rasa hormat pada kita. Tapi meleset semuanya. Sebab mula-mula masuk kak cik dah gelak...haha..murid-murid pun suka. huh, paling lama diorang boleh bagi perhatian 15 minit pertama je. Itupun penat nak menjawab soalan demi soalan...

"cikgu orang mana?"
'"cikgu orang penang ke?"
"cikgu dah kahwen belum?"
"cikgu dah ada buah hati"...

yang paling best kan.... ada seorang budak ni, tengok kak cik terjerit-jerit kawal kelas, dia dengan sopannya datang ke hadapan, 

"cikgu, saya dah siap buat kerja, boleh saya ajar kawan saya?"

wah.... bagus...bagus... boleh, nak...cikgu terharu sangat... *lap air mata.

Berlakon je nih. Keadaan sebenar bukan macam ini. Jangan terpedaya...muehehe. Thanks to cikgu adilah yang candid gambar cikgu azimah yang sedang berpeluh-peluh mengawal kelas ni. =_=''

Kalau first day dulu rasa menyesal datang sekolah ni, tapi last day ni terdetik di hati rasa macam nak posting di SK Pintas Raya ni semula. Hew hew. Nak praktikum di sini? Memang tak ada harapanlah kan?

Harapan pada diri sendiri, kak cik berharap kak cik dapat improve apa yang kurang. Betulkan apa yang salah. Rajinkan diri bersedekah dengan senyuman. Tingkatkan hubungan sosial dengan orang lain. Dan yang paling penting, kak cik nak sangat dapat guru pembimbing sebaik dan se-supportive macam ustazah Rosmah supaya tidak terus-menerus lemah masa praktikum nanti. Aamiin...:-) Terima kasih Allah kerana kau hadirkan dalam diri ini begitu ramai insan yang sangat memberi inspirasi kepada hamba.

My last day there...

Harapan buat bakal anak murid cikgu, tahun depan dan tahun seterusnya cikgu akan praktikal dan bakal di observe oleh pensyarah cikgu. Awak jangan nakal-nakal eh. Dengar arahan cikgu betul-betul. Cikgu tahu suara cikgu perlahan. Tapi kalau awak diam, mesti dengar kan? Hehe... Jangan nakal-nakal tau...Nanti cikgu balik rumah menangis... T_T..

Kepada SK Pintas Raya serta seluruh isinya, terima kasih untuk segalanya. Jasa baik kalian akan dikenang-kenang selagi jasad dikandung badan. Ampunkan salah dan silap kami sepanjang keberadaan kami di sana...

Tak sampai seminggu meninggalkan SK Pintas Raya, tapi sudah rindu... :-( Panjang umur, ada jodoh insyaAllah :-)  


Aku menikmati setiap waktu yang ada,
Walau dalam duniaku sendiri,
Walau hanya bisa merindukanmu,
Sungguh, nuraniku punya rasa hebat terhadapmu. 

Wahai angin yang meniup, sampaikan salam rinduku pada SK Pintas Raya serta warganya.

Di sini... lahirnya sebuah cinta... Jumpa lagi SK Pintas Raya. :-)

**Ruang waktu yang ada ini, kak cik cuba nukilkan jugak sesuatu tentang sekolah ini. Bila tangguh lama-lama takut kenangan itu semakin lama semakin pudar. Jom sambung buat laporan PBS. ;-)

**To my PBSmate, thanks for everything... :-)

Friday, 5 September 2014

Kenapa kena hormat guru???

Dalam dok sibuk mencari article-article untuk assignment ''salah laku pelajar di sekolah rendah'' ni, terjumpa pula satu cerita yang sangat menarik... :-)

Abang, kenapa nak kena hormat kat cikgu eh? Tanya adik saya yang berumur 8 tahun.

Soalan itu kelihatan begitu mudah sekali untuk dijawab tetapi saya terpaksa berfikir seketika. Satu persoalan yang terpaksa saya fikirkan ialah, bagaimana mahu menerangkan kepentingan menghormati guru kepada kanak-kanak berusia 8 tahun? Fahamkah dia nanti?



Selepas seketika, saya pun bersuara, Arif, pernah tengok emak tuang air teh dari teko tak? Jawab Arif , Pernah.

Bila emak tuang air teh, air keluar dari mana, teko ke cawan? Tanya saya lagi. Mesti la dari teko, jawab Arif.

Antara teko dengan cawan, yang mana kedudukan dia lebih tinggi bila emak tuang teh? soal saya. Mesti la teko bang. Teko kat atas, cawan kat bawah Jawab Arif sambil menggayakan kedudukan teko dan cawan menggunakan tangannya.


Hmm… kalau cawan tu lebih tinggi dari teko, boleh tak teh tu masuk dalam cawan? Soal saya lagi. Mana boleh bang. Macam mana air teh nak jatuh ke atas pulak, jawab Arif tegas.

Haa.. kalau Arif nak tau, hubungan cikgu dengan murid macam tu jugak, kata saya. Macam mana? Soal Arif.

Ilmu datang dari cikgu, macam air teh datang dari teko jugak. Murid menerima ilmu dari cikgu, macam cawan menerima teh dari teko, balas saya.

O, ye ke. Habis tu? Soal Arif lagi sambil mengerutkan keningnya.


Kedudukan teko tu lagi tinggi dari cawan, macam kedudukan cikgu jugak, lebih tinggi dari murid. Kalau murid tak hormat cikgu, ia umpama murid tu nak tukar kedudukan, murid nak duduk kat atas pulak, kata saya.

Arif diam tidak memberikan komen apa-apa.

Jadi, kalau murid tak hormat cikgu dan nak duduk kat atas, rasanya boleh tak murid tu dapat ilmu dari cikgu? Soal saya sambil menggayakan kedudukan cikgu dengan murid menggunakan tangannya.


Ilmu pun takleh mengalir ke atas eh? Soal Arif sambil tersengih.

Ha, sebab tu la! Murid yang tidak menghormati cikgunya, nanti dia takkan dapat kuasai ilmu yang diturunkan oleh cikgunya, balas saya.

Habis tu, kalau tak hormat cikgu, nanti boleh jadi bodoh la eh? Soal Arif dengan nada bimbang.

Mungkin jugak, jawab saya dengan senyuman sinis.

(Perbualan tamat di situ)


Mungkin anda pernah berhadapan dengan situasi sebegini. Bukan sahaja kanak-kanak yang tertanya-tanya mengapa guru perlu dihormati, malah orang dewasa juga kadangkala masih keliru mengenai persoalan ini.

Mari kita berkongsi apa rasanya menjadi seorang guru yang tidak dihormati. Bayangkan anda mengajar dua orang murid (Jika anda masih pelajar, bayangkan anda mengajar seseorang yang lebih muda dari anda seperti adik atau anak saudara anda). Seorang murid sangat hormatkan anda, bertutur dengan sopan dan sentiasa cuba mengikut nasihat anda yang baik. Seorang murid lagi langsung tidak menghormati anda. Dia biadap, sombong dan melayan anda seperti melayan seorang kuli. Secara semulajadi, murid yang manakah anda akan berikan lebih tumpuan? Murid yang manakah anda akan usahakan supaya menjadi seorang yang berjaya? Mudah untuk menjawabnya bukan?

Saya menulis kisah ini bukanlah kerana saya seorang guru atau untuk berpihak kepada mana-mana guru. Tetapi, saya terkilan melihat segelintir pelajar yang tidak memahami kepentingan ini. Ada pelajar yang terlalu cerewet dan sering mempertikaikan kebolehan seseorang guru. Fikirkan, jika anda memandang rendah kepada seseorang guru, ini juga bermakna kedudukan anda jauh lebih rendah dari guru itu kerana anda sedang cuba mempelajari sesuatu darinya!

Kesimpulannya buat kali ini, renungilah kata-kata seorang tokoh cendiakawan dan pemikir Islam yang hebat bernama Al-Zarnuji:

Tidak ada pelajar yang akan memperolehi pengetahuan atau mendapat faedah dari pengetahuan yang diperolehinya melainkan dia menghormati pengetahuan dan orang-orang yang mempunyai pengetahuan

last sekali ni, kak cik kongsi satu cerita pendek sempena hari guru.... curlazzz adik-adik ni...


.