Sunday, 28 September 2014

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 4

Wah, sedar tak sedar sudah masuk kali ke-empat ye kak cik berPBS!! Atau dalam bahasa inggerisnya disebut sebagai School Based Experience. Tapi bila di sekolah, kami tidak boleh perkenalkan diri sebagai guru PBS, nanti seluruh warga sekolah terpinga-pinga. Sebab di sekolah sendiri sudah ada PBS iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Jadi, kami akan perkenalkan diri sebagai guru ROS (Rancangan Orientasi Sekolah), makanya tak ada siapa pun yang akan bertanya 'ROS' itu apa. :-)

*Dulu PBS itu dikenali sebagai ROS. Sama saja cuma ada pembaharuan dari sudut nama.

Bila sudah 4 kali berPBS, makananya kak cik sudah berada di semester ke 4. Berbaki lagi 4 semester. Duhai diri, cepat-cepatlah "DEADLY FALL IN LOVE with this profession". =_=''

PBS kali ke 4 ini, sangat manis rasanya. Bukan di lidah, tapi di hati. Mungkin sebab PBS terakhir, jadi kita akan menikmati semua waktu yang ada. Entah kenapa, rasa suka sangat dengan sekolah ini, SK Pintas Raya, Batu Pahat, Johor. Eh, jauhnya kak cik berPBS! Iya! Sengaja pilih sekolah jauh-jauh. Teringin nak tahu perbezaan sekolah-sekolah di setiap negeri, chewah!. Lagi pula orang tua-tua berkata jauh perjalanan luas pengetahuan, kan?

Hari pertama, menjejakkan kaki ke SK Pintas Raya ni, hati ni dah terdetik, "Menyesalnya pilih sekolah jauh-jauh, kalau pilih sekolah di Kedah kan senang, boleh berlama-lama di rumah". Tapi kak cik tepis jauh-jauh, kita datang nak cari pengalaman kan? Kenalah berkorban berjauhan dari rumah. :-)

Bila masuk, guru besar suruh kami (kami merujuk kepada kak cik dan seorang kawan kak cik) pergi ke perhimpunan. Perasaan? Of course lah tiba-tiba 'ruhh' sebagai pendidik tu ada sebab duduk sebaris dengan cikgu-cikgu lain. Hiks.


Bacaan ikrar.

Usai jer perhimpunan kami bergerak ke bilik guru besar. Keluar je kami dari bilik guru besar, terus ada Guru Panitia Pendidikan Islam dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di luar yang setia menunggu kami. Wah! Ini dikira sangat bagus. 3 buah sekolah sebelum ini kami yang terpaksa mencari sendiri siapakah PK HEM? Siapakah Panitia Pendidikan Islam? Siapakah Guru Pendidikan Islam (GPI). Kalau macam ini, tidaklah kami kekok tersenyum simpul nak tanya cikgu-cikgu kan. Hehe.

Setelah berbincang mengenai apa yang kami mahukan dan apa yang mereka boleh tolong, maka kami pun berjalan-jalan makan angin di sekitar kawasan sekolah. Sekolahnya tak besar, tapi cantik dan bersih! Kak cik suka padang sekolahnya, hijau yang mempersona!.. Seperti biasa, "Kami cikgu ROS", itulah sebaris ayat yang diucap setiap kali ditanya oleh guru-guru, kakak-kakak kantin, dan abang-abang tukang kebun. Peramah juga ya orang Johor ni. :-)

Saja je ni nak berlagak jadi guru penyanyang. ^_~

Di mana-mana sekolah pun kak cik suka perhati di dinding-dinding pondok atau susur gajah, sebab kat situ selalunya tertampal kata-kata yang kadang-kadang kita yang dah hidup lebih 20 tahun inipun belum pernah dengar. Orang kata mahu kaya jiwa, rajin-rajinkanlah diri membaca karya sastera! Aha!..

Jujur, nak... inilah kali pertama cikgu tengok batu seremban, dan sudah tentu ini jugak kali pertama cikgu pegang batu seremban! T_T...

Selama seminggu berada di SK Pintas Raya ini, kami berkampung di Musolla As-Syakirin yang berada di tingkat atas. Bukan tidak ada tempat di bilik guru, tetapi kami lebih selesa di situ. Di situlah kami berkenalan dengan Panitia Pendidikan Islam dengan lebih dekat. Namanya Ustazah Rosmah. Orangnya? MasyaAllah baik sangat. Tidak sempat kami bertanya dia sudah menjawab segala kekeliruan di minda fikir kami. Macam tidak ada hijab antara Ustazah Rosmah dengan apa yang kami fikirkan. Hehe.

Orangnya sangat sibuk. Kak cik juga difahamkan panitia pendidikan islam merupakan antara panitia yang paling aktif di sini. Jadi, tidak mustahil lah kalau kami jarang-jarang nampak beliau di Musolla (mejanya di situ). Ustazah Rosmah hanya masuk ke Musolla sama ada untuk bersolat atau melepaskan lelah di situ. Justeru, waktu yang terluang itulah yang kami gunakan untuk berkongsi dan bertanya tentang itu dan ini.

Antara pesanan beliau yang sempat kak cik ingat dan catat di rumah, kata beliau ,

"Sekecil mana pun sekolah yang kamu akan pergi nanti, jiwa kita mesti besar. Mesti ada niat nak bimbing murid-murid".

"Kita spesial sebab kita 'ustazah'. Rasa tanggungjawab itu perlu ada 'lebih' berbanding guru-guru lain"... dalam erti kata lain, kita harus dijadikan sebagai contoh kepada orang lain..

Bila ber-titled sebagai seorang 'ustazah' ni, Allahu akbar. Beratnya. Sebab diri ini akan jadi benchmark kepada orang lain. Kerana itu dari dulu kak cik suka perkenalkan diri pada anak-anak murid, "panggil cikgu azimah okay" ;-)...

Ustazah Rosmah... Terinspirasi dengan caranya... :-)

Sepanjang seminggu di sana, kami sempat masuk ke kelas beberapa guru. Sebab dalam tugasan kerja kursus, kami dikehendaki untuk merekod perjalanan P&P (pengajaran dan pembelajaran). Jadi atas ihsan guru-guru kami dibenarkan masuk. Antaranya adalah ustazah Rosmah! SubhanaLLAH, kak cik betul-betul terinspirasi dengan cara pengajarannya. Ada unsur kecindan. Murid-murid tampak seronok sangat. Teringin nak ada nilai tambah macam tu. Masalahnya kak cik tak pandai buat lawak lah! Dan orang selalu kata "azimah ni...garanglah!". =_=''

Selama berada di sana juga, ustazah Rosmah beri kami peluang masuk ke kelasnya, tahun 1 dan tanpa keberadaannya. Tapi bukan masuk suka-suka. Perlu sambung pelajaran yang lepas. :-) Saya suka! Okay, first thing mind set dah cakap, kena buat muka garang. Tanggapan pertama murid itu penting supaya mereka ada rasa hormat pada kita. Tapi meleset semuanya. Sebab mula-mula masuk kak cik dah gelak...haha..murid-murid pun suka. huh, paling lama diorang boleh bagi perhatian 15 minit pertama je. Itupun penat nak menjawab soalan demi soalan...

"cikgu orang mana?"
'"cikgu orang penang ke?"
"cikgu dah kahwen belum?"
"cikgu dah ada buah hati"...

yang paling best kan.... ada seorang budak ni, tengok kak cik terjerit-jerit kawal kelas, dia dengan sopannya datang ke hadapan, 

"cikgu, saya dah siap buat kerja, boleh saya ajar kawan saya?"

wah.... bagus...bagus... boleh, nak...cikgu terharu sangat... *lap air mata.

Berlakon je nih. Keadaan sebenar bukan macam ini. Jangan terpedaya...muehehe. Thanks to cikgu adilah yang candid gambar cikgu azimah yang sedang berpeluh-peluh mengawal kelas ni. =_=''

Kalau first day dulu rasa menyesal datang sekolah ni, tapi last day ni terdetik di hati rasa macam nak posting di SK Pintas Raya ni semula. Hew hew. Nak praktikum di sini? Memang tak ada harapanlah kan?

Harapan pada diri sendiri, kak cik berharap kak cik dapat improve apa yang kurang. Betulkan apa yang salah. Rajinkan diri bersedekah dengan senyuman. Tingkatkan hubungan sosial dengan orang lain. Dan yang paling penting, kak cik nak sangat dapat guru pembimbing sebaik dan se-supportive macam ustazah Rosmah supaya tidak terus-menerus lemah masa praktikum nanti. Aamiin...:-) Terima kasih Allah kerana kau hadirkan dalam diri ini begitu ramai insan yang sangat memberi inspirasi kepada hamba.

My last day there...

Harapan buat bakal anak murid cikgu, tahun depan dan tahun seterusnya cikgu akan praktikal dan bakal di observe oleh pensyarah cikgu. Awak jangan nakal-nakal eh. Dengar arahan cikgu betul-betul. Cikgu tahu suara cikgu perlahan. Tapi kalau awak diam, mesti dengar kan? Hehe... Jangan nakal-nakal tau...Nanti cikgu balik rumah menangis... T_T..

Kepada SK Pintas Raya serta seluruh isinya, terima kasih untuk segalanya. Jasa baik kalian akan dikenang-kenang selagi jasad dikandung badan. Ampunkan salah dan silap kami sepanjang keberadaan kami di sana...

Tak sampai seminggu meninggalkan SK Pintas Raya, tapi sudah rindu... :-( Panjang umur, ada jodoh insyaAllah :-)  


Aku menikmati setiap waktu yang ada,
Walau dalam duniaku sendiri,
Walau hanya bisa merindukanmu,
Sungguh, nuraniku punya rasa hebat terhadapmu. 

Wahai angin yang meniup, sampaikan salam rinduku pada SK Pintas Raya serta warganya.

Di sini... lahirnya sebuah cinta... Jumpa lagi SK Pintas Raya. :-)

**Ruang waktu yang ada ini, kak cik cuba nukilkan jugak sesuatu tentang sekolah ini. Bila tangguh lama-lama takut kenangan itu semakin lama semakin pudar. Jom sambung buat laporan PBS. ;-)

**To my PBSmate, thanks for everything... :-)

No comments:

Post a Comment