Friday, 31 October 2014

"Aku bukan Halimatus Sa'adiah"

Dah hampir setahun telemovie ni ditayangkan di TV... Kak cik je yang baru nak tonton. Almaklumlah, semenjak tinggal di asrama 2-3 tahun ni, memang malas nak tengok TV. Balik cuti di rumah pun, macam dah tak berminat nak lepak depan TV, lainlah kalau mak ajak tonton sekali.

Tapi, tajuk cerita ni sangat menarik. Baru tajuk kan... Pelakon pun menarik jugak. Siapa lagi kalau bukan Kak Eja yang cantik!... Jadi, kak cik pun search di youtube. Ada! Dah lama sebenarnya download cerita ni. Tapi baru semalam tergerak hati nak tengok... 


Alahai.... baru minit ke-6 air mata ni dah berguguran.... Nasib baik roomate dah tidur masa tu... and guess what? Air mata ni tak berhenti tau sampai cerita tu habis... Hmmm, dah tentu kak cik bangun pagi ni dengan mata yang bengkak sebab tidur pun dengan air mata yang masih bersisa... Adoyaii..

Bukan apa... kak cik terbayangkan jika kak cik berada di tempat Halimah (kak eja), macam mana agaknya ya? Kuat tak kak cik? Nak menghadapi semua ni? Kehilangan dua orang sekali gus? Tak tertanggung rasanya. Tapi ini dalam drama kan? Eh, tak mustahil juga berlaku dalam dunia nyata ni...

Nak tahu sinopsis cerita ni? Tonton sendirilah! Tak best la kan kalau semua kak cik cerita di sini. Tak suspen. Tapi amaran keras, sediakan sekotak tisu atau sehelai tuala tebal di tangan anda... Kalau tidak pasti lencun hujung lengan baju anda dek kerana asyik mengelap air mata yang degil itu.. hehe..

Kak cik jadi teringat satu buku yang kak cik DAH LAMA kak cik pinjam dari kawan tapi baca tak habis lagi. Kak cik capital letter kan 'dah lama' tu sebab memang dah lama betul pinjam dari dia... semenjak raya puasa lagi... tapi tersimpan kemas dalam gerobok. Baru 2-3 hari yang lepas tergerak hati nak menelaah. :-p

Inilah bukunya!!!

Dalam buku tu ada disebut tentang perasaan sedih... Sesuai dengan apa yang dihadapi oleh Halimah di dalam cerita di atas. Apa kaitannya dengan nabi Yusuf dengan kisah sedih?

Meh, kak cik kongsikan apa yang kak cik dah baca dalam buku tu.

Menurut penulis tersebut, Surah Yusuf ini diturunkan pada tahun kesedihan iaitu tahun di mana Rasulullah saw kehilangan Saidatina Khadijah dan Abu Thalib. Justeru, tahun itu dinamakan tahun kesedihan kerana Rasulullah kehilangan 2 insan yang paling baginda sayangi. Selepas kematian dua insan terpenting yang menjadi tulang belakang baginda, maka penyiksaan dan penganiayaan kaum kafir terhadap Rasulullah serta seluruh sahabat-sahabat yang lain semakin berleluasa sehingga mereka diusir dari bumi Makkah. Antara yang terlibat dalam penganiayaan ini adalah bapa saudara baginda sendiri iaitu Abu Jahal dan Abu Lahab. Dengan itu, Allah menurunkan surah Yusuf. Hal ini kerana, apa yang berlaku pada nabi Yusuf adalah sama dengan Rasulullah. Mereka sama-sama disakiti oleh keluarga sendiri. Surah tersebut seolah-olah untuk menghiburkan baginda...

Surah Yusuf juga untuk orang yang sedang bersedih dan gelisah. Menurut Abdullah bin Mas'ud "Tidaklah seseorang yang sedang bersedih membaca surah Yusuf melainkan Allah akan menghilangkan kesedihannya". Surah ini adalah surah kaum muslimin ; untuk orang yang sedang diselebungi kegelisahan, untuk orang yang berasa terpinggir di tanah airnya sendiri, untuk orang yang berasa kesunyian, untuk pemuda yang istiqamah terhadap ajaran agamanya dan berasa terasing ketika berada di tengah rakan-rakannya, untuk muslimah bertudung yang ditertawakan oleh rakan-rakannya sedangkan dia tidak tahu apa yang dilakukannya, serta bagi seorang isteri yang istiqamah dengan ajaran agamanya sedangkan dia disakiti serta dihina oleh suaminya !

*wah, lagak macam buat tesis dah... hehe..

Itulah serba sedikit tentang surah Yusuf. Sebenarnya kak cik baca buku ni 1/20 bahagian pun tak habis lagi. Hehe.. Sabar ya. Habis exam nanti kak cik baca selebihnya. Kak cik pernah dengar,ada orang kata dalam banyak-banyak surah, surah Yusuf yang paling susah hafal atau paling ambil masa yang lama untuk hafal, sebab setiap perkataan di dalamnya adalah unik dan lain dari surah yang lain. Betul ke?

Saidina Umar bin al-Khattab pun pernah berkata, "Aku menghafal surah Yusuf selama tiga tahun (ada sesetengah riwayat mengatakan setahun), sedangkan surah al-Baqarah hanya mengambil masa sebulan sahaja"...

Selesai tentang surah Yusuf....

kak cik nak kongsikan beberapa keping gambar kak eja yang manis bertudung....

Kak cik minat kak eja ni dari dulu lagi... Tak ingat semenjak bila... Tapi yang pasti dari zaman sekolah. Iyalah, kita membesar dengan drama-drama yang dia berlakon kan... Cuma kalau dalam slot-slot Samarinda tu jarang ikut, sebab lewat sangat, pukul 10.30 malam... Masa tu kan sekolah lagi, kenalah tidur awal.

Suka dia sebab cantik, lembut, lawa, dan semuanya lah! Pandai berlakon pun iya jugak. Lagi satu, kalau ada wawancara ke apa ke, dengar dia cakap berhemah sangat, tak ada kata-kata kesat. Cara dia cakap macam hafal skrip sebab tak ada bunyi aaa...aaa...aaa.. :-) Dan, kalau tengok gambar-gambar dia di TV, majalah atau surat khabar, jarang atau mungkin tak pernah langsung kak cik tengok yang menjolok mata... Tak pernah tengok pun dia pakai baju ke Anugerah Skrin ke, ABPBH ke yang terdedah dada atau nampak paha... Kebanyakkannya labuh hingga ke buku lali.

Eh, sampai ke situ kak cik perhati ye? Oh, mesti!!! Sebab nak dijadikan modal bergossip dengan kawan-kawan di sekolah keesokkan harinya...Ekeke...

Okay... Okay... ni gambar kak eja...


Suka pada kak eja dari dulu lagi.. Manis je.. Lembut je... Bila dah bertudung, lagilah kak cik suka!!!


MasyaAllah...Subhanallah....Majistret Hanum!! Hehe... Sorry kak eja... Curi gambar dalam instagram... :-p



Kak Eja dan adik Nur Eishal... 


Heeeee, geram betul tau dengan budak hidung tomato nih... comel sangat....


Kak cik bila dah obses ngan budak comel ni, gini la jadinya... Huhu...maaf eishal, kak cik tak pandai melukis... :-(


Kak cik  nak lampirkan cerita "Aku bukan Halimatus Sa'adiah". tapi, isk..isk... tak jumpa pulak cari di you tube.. Nanti kalau dah jumpa kak cik attach di sini semula ya... atau siapa-siapa yang nak, boleh terus berhubung terus dengan kak cik, in person! Sila bawa pendrive besama anda.. Hehe...

Jangan lupa juga download Bicara Selebriti Siri ke-8... Yuk, kita dengar kisah penghijrahan Kak Eja dan Kak Nealofa... :-)



**Moga dengan berjilbab, ia tidak menghalang artis muslimah untuk berprestasi... Semoga terus istiqamah dan menjadi teladan pada yang lain... :-) :-) :-)

No comments:

Post a Comment