Wednesday, 4 November 2015

Pengalaman Praktikum

Fuhh...Fuhh... lap sikit sarang labah-labah dalam blog ni. Hampir setengah tahun ya kak cik tidak menulis... Ampun... Masa amat tidak mengizinkan. Tahun ni kak cik sangat sibuk. Tahun ni dah start praktikum. Alhamdulillah dah berjaya melalui 2 Fasa Praktikum di 2 buah sekolah yang berbeza dan 2 suasana yang berbeza. Banyak sangat kenangan, pengalaman yang kak cik  rasa tidak mungkin akan dapat dalam kelas. Kena lalui, baru tahu dan rasa.

Tadi..

Kak cik buka laptop.
Banyak sangat folder bersepah di desktop.
Maka, nak kemas sikit.
Baru nampak tersusun.
Terjumpa folder 'sekolah praktikum'.
Buka.
Allah....
Air mata ini menitis.
Tanpa henti.
Hingga saat ini.
Kenapa kamu menangis wahai diri?
Apa yang kamu tangisi?
Rindu?
Pada siapa?
Anak murid?
Bukan?
Lalu apa?

Cinta pertamaku ~ SK Gong Nangka, Marang, Terengganu.

Masih segar di ingatan, Sehari sebelum berpraktikum. Duduk berteleku di atas sejadah. Mengenangkan nasib bakal anak murid. Apa nasib mereka mendapat guru seperti aku? Yang masih belum punya rasa 'ikhlas' dalam hati untuk mendidik mereka. Apa dosa mereka mendapat guru seperti aku? Yang masih cacat di sana sini. Apa salah mereka mendapat guru seperti aku? Yang belum bersedia untuk berjumpa dengan mereka esok hari?

Rasa bersalah yang amat sangat. Allah... Campakkanlah rasa ikhlas itu dalam hati ini. Supaya aku dapat memberikan sepenuh jiwaku pada mereka. Supaya hari-hariku di sana terasa bahagia. Supaya aku tidak berkira-kira dengan apa yang bakal aku curahkan kelak.

Ingin berpatah balik dalam bidang ni? Aku bukan bodoh. Sudah jauh aku berjalan. Mana mungkin mahu berpatah balik ke garisan permulaan. Masa, tenaga, wang telah banyak dihabiskan. Mahu tak mahu perjalanan harus diteruskan hingga ke garisan penamat.

Itu apa yang kak cik rasa masa pertama kali berpraktikum. Selama sebulan. Tidak banyak yang kak cik coretkan di dalam diari untuk tatapan masa hadapan. Sebab masa sebulan dirasakan terlalu pantas untuk menikmati hari-hari di sekolah kerana tuntutan untuk menyiapkan banyak perkara lain. 

Cuma... Terima kasih ya Allah, kerana telah lahirkan jiwa pendidik dalam diriku. Baru kak cik sedar, rupanya kak cik seorang yang sukakan sekolah. Setiap hari rasa tak sabar nak ke sekolah. Walaupun banyak kerja lain. Tapi seronok bila di sekolah. Dapat jumpa anak murid. Dapat jumpa rakan-rakan guru. Jumpa mak cik kantin. Bersembang dengan kakak-kakak tukang sapu. 

Susahkan bila dah terbit rasa sayang? Peritnya untuk berpisah hanya Allah yang tahu.


Cinta keduaku~ SK Bukit Bayas, Kuala Terengganu.

Selesai sebulan berpraktikum di Marang. Kemudian praktikum fasa 2 di daerah Kuala Terengganu. Selama 2 bulan. Okay, untuk sekolah ini, kak cik pasang target. Nak menikmati setiap detik keberadaan kak cik di sana. Nak catat semuanya di dalam diari. Moga di hari tua nanti boleh tersenyum sendiri saat membacanya. Setiap saat, kak cik selalu berbisik pada diri 'duhai masa, bergerak perlahan, please!'. Sebab rasa masa bergerak terlalu cepat. Tup tup dah cukup 8 minggu. Allah... cepatnya masa berlalu.

Sekolah kedua ni, terlalu istimewa. Jadi, sebelum kak cik melangkah masuk ke sekolah itu, kak cik dah pesan pada diri ini. "Wahai diri, hang singgah sini sat saja. 8 minggu saja. Jaga hati. Jangan sampai sayang. Nanti hang yang merana dengan sakit rindu".

Tapi hati kita bukan milik kita. Allah yang pegang. Kalau Allah nak kita sayang ke sekolah ini, maka perasaan sayanglah yang ada di dada.

Bila tengok satu persatu gambar, in fact, tak rindu pun pada anak murid. Bila fikir dalam-dalam, mungkin kak cik lebih rindukan suasana praktikum itu sendiri. 

Bangun awal pagi,
berebut toilet,
berebut cermin dengan housemates,
kadangkala sampa bertolak-tolak,
Paling kalut bila ada pensyarah yang call lepas subuh atau hantar mesej "saya akan ke sekolah ustazah hari ini, tolong adjust kelas".
Semua kelam kelibut.
Semua benda yang dibuat pada hari itu rasa serba tak kena.
Waktu itu tak ada yang lebih menenangkan melainkan call mak ayah mohon doa dipermudahkan urusan.

Sampai di sekolah, cepat-cepat letak beg di bilik guru. Kalau malam semalam rajin buat BBM (bahan bantu mengajar) maka akan ada 2-3 buah beg yang nak kena kelek kiri dan kanan atau mungkin kena turun 2-3 round atau paling mudah minta tolong anak murid tolong bawakkan.

Lepas letak beg, cepat-cepat pergi tulis kedatangan. Selalunya kak cik skip bahagian ni sebab selalunya practicum mate yang ambil alih. Hehe. Kemudian, lari-lari anak ayam ke pintu pagar. Jadi guru penyayang kejap. Part ni paling best. Sebab boleh tahu, 
"Eh, awak adik beradik ke?"
"Eh, awak abang dia ke?"
Maka, banyaklah pulak ber'eh' depan pintu pagar sekolah.

Dalam 7.30 berlari (baca berjalan laju) ke pejabat. Ambik buku kedatangan murid. Untuk apa? Untuk ambik kedatanganlah kan.

Kalau free masa pertama tu, berlari kejap ke surau. Kalau kelas lambat lagi, sambung baca al-Quran dan ma'thurat. Part ni paling kak cik rindukan. Bila praktikum ni rasa kebergantungan pada Allah tu sangat tinggi. Sebab nak Allah tolong mudahkan urusan. Supaya apa yang terhasil adalah yang terbaik. Di maktab? Tak ada maknanya rajin nak buat amalan sunat ni. Nak solat dhuha pun puas pujuk diri. Nak solat ke nak makan di cafe?

Waktu rehat, wajib pergi ke kantin. Sibuk macam mana pun, waktu rehat khas untuk makan dan berehat-rehat. Kenapa wajib ke kantin? Sebab masa tu lah kita nak jumpa cikgu-cikgu yang kita jarang jumpa di bilik guru. Ada cikgu yang banyak masa dihabiskan ni makmal, bilik linus, perpustakaan sekolah, prasekolah dan sebagainya. Jadi kebanyakannya mereka ini berkumpul di kantin pada waktu rehat.

Bila masa semeja dengan mereka, seronok mendengar cerita mereka. Tentang pengalaman, tentang anak murid, tentang skop kerja malah kadangkala diselitkan juga tip rumahtangga. Hiks.

Balik sekolah paling best. Sambil bersantai tengok TV, ada yang buat RPH (rancangan pengajaran harian) untuk pengajaran esok. Ada yang tengah memotong BBM. Ada yang tengah makan tengah hari yang sepatutnya waktu itu makan malam. Tapi, dalam semua sibuk melakukan kerja masing-masing, kami saling bertukar cerita lucu, gembira, sedih, geram yang berlaku di sekolah. Sungguh, anak-anak syurga yang banyak ragam ini betul-betul menceriakan kehidupan kak cik sepanjang praktikum. Mula-mula rasa takut juga, bagaimana seorang aku yang tak pernah ada adik, nak layan budak-budak? Rahsia? Anggap mereka seperti anak kita. Hehe.

Sambung cerita semula. Menjelang malam, semua orang kyusuk di meja masing-masing. Ada yang garu kepala. Ada yang sedang mengunyah kerepek. Ada yang sedang mengetuk meja dengan hujung jari telunjuk. Ada yang menonton video di youtube. Ada yang menari. Matlamat hanya satu. Cari idea untuk mengajar esok. Ingat senang nak merangka pengajaran yang ada unsur IT, nilai, gabungjalin, KBAT dan banyak lagi?. 

Sepanjang praktikum ni, ada satu benda yang kak cik sangat kagum dengan cikgu-cikgu sekolah. Ada banyak sebenarnya. Tapi yang nak dihighlight di sini hanya satu. Lain masa kak cik highlight benda lain pulak. Yang kak cik kagumnya adalah mengenai keikhlasan mereka dalam mendidik. Kak cik menjadi guru pelatih dalam keadaan diri ini masih bujang, tak ada komitmen lain. Hanya perlu fikir tentang RPH, BBM, balik rumah kalau nak tidur pun, silakan, tak ada yang melarang.Tak ada tugas-tugas khas di sekolah. Yang mungkin sedikit stress pun bagaimana nak memenangi hati pensyarah dan ambik hati murid. Tapi bagaimana guru-guru disekolah (termasuk mak ayah kita) yang disekolah sibuk dengan hal sekolah, balik rumah fikir hal di rumah pula, malah ada cikgu yang sedang sambung belajar! Kagum bagaimana mereka membahagi-bahagikan masa. Kita yang tak perlu fiki apa-apa ni pun rasa macam 24 jam yang Allah bagi itu tidak cukup. Cuma satu.. Ikhlas. Kalau mereka tidak ikhlas, sudah tentu mereka telah berhenti dalam bidang ini, bukan?

Moga aku juga dapat mencontohi mereka. SABAR dan IKHLAS.

"Andai aku tahu betapa peritnya perpisahan, takkan aku berharap pada sebuah pertemuan".

Rahman ya Rahman



رحمن يا رحمن
Wahai (Allah) Yang Maha Pemurah
ساعدني يا رحمن
Tolonglah aku Wahai Yang Maha Pemurah
اشرح صدري قرآن
Lapangkanlah dadaku dengan Al Quran
أملأ قلبي قرآن
Penuhi hatiku dengan Al Quran
واسقي حياتي قرآن
Sirami hidupku dengan Al Quran

رحمن يا رحمن
Wahai (Allah) Yang Maha Pemurah
ساعدني يا رحمن
Tolonglah aku Wahai Yang Maha Pemurah
اشرح صدري قرآن
Lapangkanlah dadaku dengan Al Quran
أملأ قلبي قرآن
Penuhi hatiku dengan Al Quran
واسقي حياتي قرآن
Sirami hidupku dengan Al Quran

لله لله يهفو أملي لله
Kepada Allah, kepada Allah, harapanku kepada Allah
ولحفظِ كتابِ الله
Dan untuk menghafal kitab Allah
من أولِ باسمِ الله
Dari awal bismillah
للختم وللرضوان
Hingga khatam, untuk keridhaan Allah

يا نور يا نور
Wahai cahaya (Quran), Wahai cahaya (Quran),
يا مــُـحكم يا تنزيل
Wahai muhkam, wahai tanzil
لمحمد عن جبريل
Kepada Nabi Muhammad melalui Jibri
من رب العرش دليل
Dari Pencipta Arsy sebagai dalil
للعالم والأنسان
Untuk alam dan insan

تكبير تكبير
Takbir takbir
للحافظِ وهو صغير
Untuk orang yang menghafal Quran ketika kecil
وضـّاء العين قرير
Menjadi cahaya mata yang bersinar yang menggembirakan
يحملُ فجراً ليــُـنير
Membawa kebahagiaan untuk menerangi alam
بتلاوته الأكوان
Dengan tilawah Qurannya

الله الله اللهم اجمعنا
Wahai Allah kumpulkanlah kami
بكتابك و انفعنا
Bersama kitabMu dan manfaatkanlah kami (dengan kitabMu)
واجعله لنا حصنا
Jadikan ia sebagai pelindung kami
وهدى أبدا وأمان
Senantiasa menjadi petunjuk

رحمن يا رحمن
Wahai (Allah) Yang Maha Pemurah
ساعدني يا رحمن
Tolonglah aku Wahai Yang Maha Pemurah
اشرح صدري قرآن
Lapangkanlah dadaku dengan Al Quran
أملأ قلبي قرآن
Penuhi hatiku dengan Al Quran
واسقي حياتي قرآن
Sirami hidupku dengan Al Quran

Friday, 3 April 2015

First potret

Masih ingat tentang set pensel lukisan yang kak cik beli dulu? Inilah first lukisan yang kak cik buat. Masih lagi bereksperimentasi tentang fungsi setiap pensel tersebut. Nak kata potret, tapi nampak macam kartun pulak...

#sketchingismypassion

Para para Sakura

Kononnya tahun lepas, Malaysia digemparkan dengan musim bunga sakura di Utara khususnya Kedah dan Perlis. Dan tahun ni musim tersebut muncul lagi... Hanya berlaku dalam bulan Mac...

Tapi kak cik tak de lah tergempar sangat. Sebab rasanya bunga ni memang tiap-tiap tahun ada. Dulu banyak je pokok ni depan sekolah. Siap bawa kamera lagi ambik gambar dengan pokok... Tapi mungkin sebab sekarang ni macam-macam medium untuk tersebarnya berita ni contohnya macam facebook, whats app, we chat etc. 

tapi, kak cik memang akui, sekarang ni pokoknya makin banyak, makin besar, dan of course makin cantik. Jadinya, 'musim bunga' tu makin terserlah.

Kebetulan tahun ni dia berbunga masa cuti sekolah. Jadi, bolehlah kak cik ambik gambar buat kenangan.

tapi malangnya, sehari sebelum kak cik balik, hujan turun dengan lebatnya. banyak bunga yang gugur. Hampir separuh alor setar kak cik pusing cari pokok ni... sampai lah terjumpa satu 'hidden place' area Jalan Kuala Kedah...

Bila tengok depan mata, SubhaLLAH... macam betul-betul ada di negara Jepun.





Bunga sakura di Malaysia dah tengok... Agaknya bila pulak dapat tengok bunga sakura di Jepun ya?


Baucer Buku 1 Malaysia

Awak-awak semua dah dapat belum BB1M? Beli apa je? Beli yang bermanfaat je tau...

Kak cik nak kongsi apa yang kak cik buat dengan BB1M kali ni...

Memandangkan tahun ni, tahun kak cik nak praktikum...Jadi BB1M tu banyak dimanfaatkan untuk anak-anak di sekolah.... (Ewah...dah ada anak sekarang ni...Hehe)... Ye lah... BBM (bahan bantu mengajar) tu sangat-sangat memerlukan wang. Jadi, dengan adanya BB1M ni, terasa sedikit ringan..

Contohnya kak cik beli buku teks Pendidikan Islam dari tahun 1-5... Kenapa tak beli tahun 6? Sebab tahun depan sukatannya dah berubah... hehe..rasional tak jawapannya?

Lagi? contoh lain yang kak cik beli...

Set melukis 18 batang pensil... huhu...actually ini bukan untuk praktikum sangat pun... sebenarnya dari dulu teringin nak ada set ni memandangkan minat kak cik menjurus ke arah lukisan... Alang-alang PM bermurah hati nak tolong bayarkan, kita ambik je lah... hehe... kak cik dah try melukis guna set pensil ni, entre akan datang kak cik kongsi ya...

Mula-mula tak nampak pun kegunaan pen warna warni ni... tapi kakak suggest ambik je lah... sebagai pengukuhan positif kepada anak murid nanti...

Okay, cutting mat ni sangat-sangat berguna dan kak cik sangat memerlukannya untuk potong-potong kertas. senang. tak de lah terpotong sekali dengan tikar dalam bilik tu... selama ni guna kotak je untuk potong kertas.

Yang ni pun penting gak. sebab setiap tahun kena hantar folder kepada pensyarah. Tambah-tambah bila dah praktikal ni, lagi la banyak foldernya.

Kreatif itu perlu ketika ber-BBM... tak de maknanya nak lukis corak-corak dulu pastu gunting ikut corak tu.. Buang masa! Huhu...kak cik amat berterima kasih kepada orang yang cipta gunting pelbagai corak ni. Kerja jadi mudah, masa jadi singkat, BBM jadi menarik, murid tertarik, cikgu pun bahagia! Ewah.. haa..

Okay, yang sebelah kiri tu kak cik tak tahu lagi nak buat apa... just imagine mungkin nanti nak gantung-gantung card gitu ke dalam kelas nanti. Yang kanan tu pulak, saja beli. Sebab first time guna brush marker ni  dulu, terus jatuh cinta! Best... Ehem... harga pun boleh tahan jugak..

Yang ni pula untuk pastikan BBM ada sentuhan glitter gitu...haha.. untuk hias buku RPH pun boleh...
  
Memandangkan set warna kak cik yang ada tu dah lama, jadi kita beli yang baru je lah!

Last sekali, barulah kak cik fikir nak beli buku.. Hehe...Membaca itu perlu untuk tambah ilmu.Nak jadi cikgu kena rajin membaca. Kalau tak apa yang kita nak bagi pada anak murid kan kalau kita sendiri pun tak da ilmu.




Last but not least, thanks PM! Tahun depan bagi lagi... :-)

Awak pulak beli apa dengan BB1M ni?


Monday, 9 March 2015

Maka, bersabarlah !

Okay, memandangkan kak cik sibuk dengan assignment dan bermacam-macam lagi program minggu ni, kak cik nak update laju-laju... Sebab kak cik rasa benda ni penting sangat. Untuk mengingatkan kak cik pada masa hadapan....ada banyak benda yang kak cik belajar hari ni.

The story is about.....


S.A.B.A.R



Sabar tu sangat indah.... walaupun orang kata sabar tu ada limit, ada had nya.... tapi hakikatnya sangat indah... bila kita rasa dia indah? bila kita yakin Allah dah sediakan sesuatu yang terbaik untuk kita. Bila kita sentiasa berdoa dengan sabar akan sesuatu yang kita nak... Dan Allah makbulkan permintaan kita dalam keadaan kita sabar menantinya... Just wait and patient. Good things always come to those who wait. :-)

Sebenarnya, tak perlu pun kita nak mengejar sesuatu yang kita suka... sebenarnya, semakin kita mengejar ia semakin menjauh. Ada orang sanggup jadi orang lain untuk dapat perhatian.. ada orang sanggup jadi hipokrit... jadilah diri sendiri... dan percayalah, Allah akan tunaikan hasrat kita... tapi bila mana kita betul-betul memerlukannya. Sebab Allah akan beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Tunggu je? Tak perlu usaha? Siapa cakap tak perlu usaha. Doa kan satu usaha juga. Maka, berdoalah!

Walaupun kita sayangkan seseorang. Kita mesti nak berkhidmat yang terbaik untuk dia kan? Mesti kita suka setiap kali dia minta tolong, rasa diri dihargai! Tapi bila mana kita tahu yang kita tak mampu berikan yang terbaik untuk dia, maka lepaskan dia dengan hati yang tenang. Berilah peluang pada orang lain suapaya dapat membuat hatinya gembira. Walaupun kita kecewa dan sedih melihat dia senang dengan orang lain, bersabarlah... sayang tak semestinya bersama. Cinta tak semestinya memiliki. Orang kata cinta kan satu pengorbanan... Ewah! Haha.

Di saat kita perlu lepaskan sesuatu yang kita sayang, yakinlah bahawa Allah telah sediakan sesuatu yang lebih baik dari itu. Indeed, it's absolutely true!



Wednesday, 4 March 2015

Atasi penyakit lupa dengan al-Quran


FARUSH KHAN
                                                        4 Mac 2015                
            
                            SEJAK telefon bimbit dicipta, ramai betul manusia, termasuk dalam kalangan kita, memilih untuk lupa nombor telefon.
        
        Kalau nombor telefon sendiri pun sudah lupa, nombor telefon orang lain apa lagi.
        
        Sebab itu apabila telefon bimbit hilang atau tersalah letak, kebanyakan kita jadi tenggelam punca, seperti kucing hilang anak.
        
        Dunia tiba-tiba jadi gelap; tiada siapa dapat hubungi kita, tiada siapa yang kita dapat hubungi. Kosong dan sepi.
        
        Lagilah dalam era WhatsApp ini, macam-macam maklumat dan video tentang perkara terbaharu yang berlaku di seluruh pelosok dunia berpindah dari satu telefon pintar ke telefon pintar dengan laju dan meluas.
        
        Cerita pasal lupa, saya ada seorang kawan, orangnya berpendidikan tinggi, tetapi tentang letak barang-barang, memang dia kaki lupa.
        
        Setiap tahun, menurut cerita kawan-kawan yang rapat dengannya, dia kehilangan lima atau enam telefon bimbit.
        
        Sudah kira-kira 10 tahun saya tidak jumpa dengannya. Bayangkan, sudah berapa banyak telefon bimbit agaknya yang dia hilangkan dalam tempoh itu.
        
        Pernah dia dihantar ke lapangan terbang oleh isterinya. Apabila keluar dari kereta, dia pakai kot dan terus naik kapal terbang, tanpa menyedari dia lupa tukar selipar jepun dengan kasut. Bayangkan betapa malunya dia sebaik sahaja berada di dalam kapal terbang dalam keadaan yang sangat pelik itu.
        
        Sampai destinasi, dia beli kasut dan berjalan dengan yakin dan gembira. Tapi dia tidak sedar, sekejap lagi bala lain pula datang. Apabila dia singgah kedai untuk makan roti canai dan teh tarik, dia tertinggal pula kot yang disangkutnya di kerusi kedai.
        
        Memanglah lupa itu penyakit manusia. Bukan manusia kalau tak lupa, Buktinya? Apa yang kita makan dan apa yang kita pakai tiga hari lalu pun payah kita nak ingat. Apa yang kita cakap dua tiga minit tadi pun kita sudah lupa. Ada yang sanggup bertegang urat menafikan apa yang baharu diucapkan.
        
        Kalau ada yang mahu mendakwa dia tidak pernah lupa, itu adalah suatu keajaiban.
        
        Semalam, saya bertemu dengan seorang yang sudah berusia lebih 90 tahun. Penglihatannya sudah kabur, pendengarannya juga hampir pupus. Anda jerit di telinganya pun sudah tidak berguna lagi.
        
        Tetapi yang menarik, ingatannya masih kuat dan dia sihat. Dia masih kenal dan ingat nama orang di kelilingnya dan boleh ingat kisah-kisah lampau. Alhamdulillah.
        
        Kata kawan-kawan, dia banyak kayuh basikal. Sejak remaja hingga tua dia naik basikal sahaja ke hulu ke hilir.
        
        Dia tiada pilihan kerana dia tidak tahu tunggang motosikal dan pandu kereta, tetapi syukurlah itu membantunya menjadi sihat, dengan izin ALLAH.
        
        Tentang ingatannya yang tajam itu tidak pula saya banyak periksa, tetapi saya difahamkan, kalau anda banyak membaca al-Quran, ingatan anda menjadi tajam.
        
        Sebab itu kata orang, mereka yang hafal al-Quran mudah sahaja lulus peperiksaan dalam mata pelajaran walaupun masa yang diberi untuk belajar suntuk. Wallahualam.
        
        Tapi berdasarkan kekuatan dan hikmah al-Quran itu sendiri, ia bukanlah satu perkara yang mustahil pun.
        
        Al-Quran diketahui sebagai sumber yang tenteramkan jiwa, sebagai penawar dan penyembuh penyakit, sebagai pembentuk kepada akhlak dan macam-macam lagi.
        
        Jadi apalah yang mahu dihairankan jika dengan kekerapan membaca al-Quran ingatan seseorang itu boleh menjadi lebih tajam dan tidak mudah lupa atau nyanyuk.
        
        Saya terbaca tentang otak daripada sebuah buku Inggeris. Katanya apabila kita cerdaskan fikiran, ia akan mencergaskan benda lain dalam tubuh kita, daripada kulit hingga organ bergerak dengan baik untuk memberi tenaga dan keceriaan.
        
        Jadi, bagaimana anda boleh cerdaskan otak? Katanya, itu sangat mudah. Anda hanya perlu kreatif dan melakukan pelbagai senaman dan kegiatan setiap hari.
        
        Pergerakan yang berbeza-beza, katanya, akan bantu membina kekuatan fikiran anda.
        
        Dalam buku mengenai ketajaman fikiran itu, ia juga mencadangkan anda tidak menggunakan GPS dan cuba hafal nombor telefon dan alamat e-mel untuk menguatkan ingatan. Atau anda boleh sahaja belajar bertutur apa-apa bahasa asing.
        
        Dalam Islam, terdapat beberapa perkara yang boleh dibuat untuk meningkat dan mencerdaskan daya ingatan.
        
        Antaranya, konsisten membaca al-Quran,  menggosok gigi, berpuasa sunat dan meminum madu.
        
        Juga disebut, perkara-perkara yang boleh membawa kepada lupa ialah maksiat, kegelisahan, keterlaluan dalam kesedihan kerana memikirkan urusan dunia dan sibuk bekerja untuk urusan duniawi. Wallahualam.
                
 sumber:sinar harian




Menarik kan artikel di atas? Memang teknologi kadang-kadang membuatkan kita ni pelupa. Hatta sekarang ni nak kira 20 + 12 pun kena petik kalkulator. Padahal masa darjah 6 dulu relax je hafal sifir 22. Hmmm... Memang tak ada skill mencongak langsung. Bab nombor telefon pula, kak cik rasa, andailah telefon kak cik hilang (na'uzubillah), satu-satunya nombor yang kak cik ingat adalah nombor telefon ayah dan kakak. Itu pun sebab terpaksa hafal sebab waktu sekolah dulu, dua nombor inilah yang kak cik selalu dail, bila nak balik..nak balik pukul berapa.. nak ambil di mana....

al-Quran menajamkan fikiran? Bagaimana? Kak cik tak pandai nak jawab persoalan ini dari segi saintifik.. Tapi jawapan kak cik, YA,.... dia membuatkan kita tidak pelupa. Bagaimana? Kak cik tak tahu... apa yang kak cik perasan, masa sekolah rendah dulu, ada subjek khusus untuk hafal al-quran. Bukan hafal 30 juzuk al-Quran, tapi hanyalah juzuk 30 dan beberapa surah pilihan yang lain. Semasa kak cik sekolah dulu bukanlah ulat buku... nak exam keesokan hari, malam ini baru study. Kalau subjek seperti matematik, bahasa melayu, bahasa inggeris, seni kaligrafi khat dan beberapa subjek lain memang tak pernah nak study pun. Kalau study pun tidak lebih dari 1 jam. Bukan kak cik seorang, hampir kesemua kami begitu. Tapi anehnya, kami semua lulus dengan cemerlang. Perbezaan peratus budak yang dapat no 1 dengan no 40 hanyalah kecil. Bayangkanlah, budak yang dapat peratus 98% terpaksa turun ke kelas B sebab yang dapat melebihi 98% tu terlalu ramai. Adakah ini berkat kami menghafal al-Quran dan mempelajarinya?

Seterusnya ke sekolah menengah. Masih lagi ada subjek yang khusus untuk belajar al-Quran dan ada beberapa surah yang wajib di hafal untuk meluluskan diri dalam peperiksaan. Kalau di sekolah rendah dulu, baca buku semalaman sebelum periksa pun boleh lulus, maka di sekolah menengah ini perlu lebih sedikit masa untuk mengingati pelajaran-pelajaran yang lain. Selalunya kak cik study 3 hari sebelum exam. Alhamdulillah, masih boleh lulus dengan cemerlang.

cikgu kak cik pernah kata.... awak study last minit... awak tidur dalam kelas... tapi awak belajar al-Quran dan al-Hadis... awak masih boleh lulus dengan cemerlang.... Sebab di situ ada keberkatan daripada al-Quran.... Kalau awak study awal, tumpu perhatian dalam kelas, awak belajar al-Quran dan al-Hadis serta hormati guru, mesti awak boleh lulus dengan lebih cemerlang... sebab di situ awak dapat keberkatan daripada belajar al-Quran dan juga keberkatan daripada guru...

Melangkah ke alam pengajian tinggi... Hurmm.. jangan harap boleh ingat semua benda seminggu sebelum exam.. Sebulan pun belum tentu. Sebab apa? Yang kak cik dapat kesan ialah...

 pertama... Jarang-jarang baca al-quran... terasa tidak cukup masa untuk mengamalkan sunnah yang satu itu. Kalau di sekolah dulu, wajib baca setiap pagi di dalam kelas ramai-ramai... ada hari-hari tertentu perlu baca yaasiin. 

kedua.... sesuai dengan peningkatan umur, dosa juga semakin bertambah. Bila dosa bertambah, hati menjadi gelap... Bila hati menjadi gelap, banyak maksiat bersarang... dan ilmu tidak akan datang pada orang yang cintakan maksiat. Allahu...

Solusinya? Jom balik kepada apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah.... Banyak baca al-Quran, bersugi, berpuasa sunat dan minum madu...

Perasan tak, amalan-amalan di atas antara yang selalu kita dengar dalam wawancara pelajar cemerlang Malaysia. 

"Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya" ~ Hadis Riwayat Bukhari

Tuesday, 24 February 2015

Seoul, South Korea Part 2


Okay, untuk hari ketiga ni, kami akan pergi ke Nami Nara a.k.a Pulau Nami. Yeay! Tak sah la kan kalau datang korea kalau tak ke pulau Nami. Kalau peminat cerita korea mesti familiar dengan pulau ni kan. Actually, pulau ni bukanlah pulau yang berada di tengah lautan, tapi pulau yang berada di tengah-tengah sungai.

Pada hari sebelumnya, kami dimaklumkan bahawa kebiasaannya suhu di Pulau Nami akan lebih sejuk dari tempat kami berada sekarang (Seoul). Jadinya, mindset kak cik dah cakap, kalau kat sini pun suhu -6, mesti di Pulau Nami kelak akan lebih tinggi. Kalau sekarang aku pakai seluar 2 lapis, di Pulau Nami nanti aku mesti pakai 3 lapis!

Maka, bersusah payahlah kak cik pakai seluar setebal 3 lapis! Ekekek. Susah tau. Nak jalan pun rasa macam robot. Inilah first time kak cik rasa betapa pentingnya peranan seluar Jeans! Seriously, kak cik tak pernah ada seluar Jeans sebab material dia yang berat dan panas. 

Okay, seperti biasa, pukul 7, kami berkumpul di hadapan guesthouse untuk dengar taklimat sebelum bergerak ke Nami Island. Yeay !

Dalam subway, tak ramai lagi orang... Still dapat tempat duduk, means tak ramai lagi lah kan... 

On the way nak ke bus stop. Sejukk.... Gggg

Tempat tunggu bas tu depan pintu masuk Lotte World. Lotte World ni apa? Actually kak cik pun tak tahu... Eekeke... Sebelum ni yang kak cik tahu, ia hanyalah tempat membeli belah. Rupa-rupanya Lotte ni ada macam-macam. Dia macam sebuah company besar. Ada yang macam ala-ala McD, KFC, yang dipanggil Lotte Ria (kak cik pernah makan shrimp burger kat situ). Kalau perasan, Peppero yang pernah jadi viral dulu pun dekat kotak dia ada lambang Lotte... Dalam bangunan ni ada pasar raya.. Taman tema pun ada jugak. Besar amat.

Bas dah sampai!... Sejam la jugak perjalanan ke Nami Island ni. 


Atas bad nyaman je, sebab ada pemanas. Sedap tidur. Turun je bas, gigi atas kembali bertemu gigi bawah. Sejuk wehh... Ramai orang berkumpul di hadapan bas, kak cik pergi tengok..Rupa-rupanya dia orang tengah panaskan badan sekeliling unggun api. Ahh, tak kuasa aku... kang tak pasal-pasal baju bau asap.
-_-''


Okay, dah nak siap-siap cop passport. Ekeke... actually, pulau nami ni adalah pulau milik persendirian. Nak masuk ke pulau ni harga tiketnya adalah 8,000 won. Tapi kat tiket dia tulis passport, kengkonon kita nak masuk ke sebuah negara lain. Haih... macam-macam.

Teruja tengok air pancut beku macam ni.




Cantik tak muffler kak cik? Haaa, muffler ni limited addition tau. Tak dak kat korea tau. Kalau nak beli, yang asli hanya ada di Terengganu! Ekeke... actually yang tu kain sembahyang kak cik. Bila kak cik tahu yang di Nami Island lebih sejuk, jadi kak cik malas nak bawa muffler yang sedia ada. Sebab kainnya nipis. Macam tak membantu sangat pun nanti nak tutup hidung. Akhirnya, kain sembahyang ni kak cik lipat-lipat macam serban tu, lilit keliling tengkuk, haa, siap!... Beg pun ringan nanti. And 'muffler batik' tu pun nanti boleh guna untuk solat. Last but not least, boleh perkenalkan corak batik pada orang korea!... Ahah..


Sedih la jugak, datang jauh-jauh...tapi tak de salji pun...Huhu

Bilik merokok....


Trademark pokok dah jumpa dah... patungnya?


Penat jalan-jalan, kami singgah kat sebuah restoran. Manusia, ramai amat. Ni kak cik tengah tunggu turn tempat duduk. 


menu special kat sini adalah nasi goncang. Dalam tu ada nasi putih, telur separuh masa, tuna dan kimchi... sebelum makan, kena goncang sekuat hati biar sebati... okaylah...not bad... cuma kak cik asingkan kim chi sebab tak minat sangat... hehe..

Yang nama dia pancake apa entah... jeling meja sebelah, dia orang beli pancake ni...so kami pun nak try jugak.. Harganya 10,000 won. Rupa macam telur dadar, kan? tapi sebenarnya ala-ala macam peknga a.k.a lempeng... tabur-tabur seafood sikit, daun bawang ke, daun kucai ke, siap!... haaa, boleh cuba buat di rumah.


Korea Muslim Federation Halal Committee

Lepas kenyang makan, kami siap-siap nak solat. Kena solat di sini, sebab perjalanan nak ke Seoul semula jauh. Takut habis waktu nanti. Waktu siang kan jadi pendek bila musim sejuk. Di nami island ni ada surau yang terletak atas perpustakaan, berdekatan dengan tempat makan tadi.

tapi sayang, terlupa nak ambik gambar dalam surau tu. Suraunya very very very good. ! Double Thumbs up

Ini adalah tiang dalam library tu. nampak tak siang sebelah kanan tu? Sebenarnya ia diperbuat daripada buku-buku yang disusun. Tak percaya? Tengok gambar seterusnya.

Masih tak percaya lagi? Kena pergi tengok sendiri lah macam tu... saya tak dapat membantu...

Dalam pukul 3.30, kami naik ferry semula untuk balik ke tanah besar. Kejap je naik ferry. Dalam 5 minit gitu. Kemudian naik bas ke Lotte World tadi... Singgah kejap di supermarket dalam tu. Kat supermarket tu kak cik beli 1 bundle banana milk! Muehehehe.... Minum puas-puas... takut kempunan bila balik malaysia.. Hehehe...

Seoul, South Korea Part 3

Thursday, 12 February 2015

Bendera Hill, Penang

Baru-baru ni kak cik dan mak ayah naik bukit bendera di Penang... Tak de lah baru sangat. 2 bulan yang lalu lah jugak... Haha... Selalu je pergi Penang... Tapi jarang nak naik ke Bukit Bendera.

Kebetulan, hari tu mak sedara cerita yang bukit bendera ni dah tukar keretapinya.Memang laju dan berhawa dingin. Jadinya, kami semua ni sangay excited sebab last naik bukit bendera tahun 2005... Hehehe... So, awal-awal pagi lagi dah bertolak dari rumah mak sedara...

Bendera Hill, i'm coming !!!


Sebelum tu kita singgah beli makanan kegemaran mak dulu,- serabai....di Taman Tun Sardon.


Here i come, Bendera Hill !

Sementara tunggu ayah park kereta, kak cik dan mak pergi beli tiket...

Untuk dewasa RM 8
Kanak-kanak RM 4
Warga emas RM 4

*yang penting kena tunjuk kad pengenalan tau... Kalau tak, anda akan dianggap sebagai warga bangladesh ... Hehehe....

Dah siap-siap beli tiket, kena queque up tunggu giliran... 

And guess what? Keretapinya laju gila.... 1 minit dah sampai.... Sejuk je dalam tu... Tak 'kepanasan' macam dulu... Sorry, kak cik tak sempat nak ambil gambar keretapinya.... Sebab terlalu asyik menikmati panorama.... Bila nak ambil kamera dari dalam beg, eh dah sampai dah? Hahaha...

Kebetulan kat atas tu hujan rintik-rintik...and mak ayah pun tak berapa larat nak jalan sebab jalan berbukit... Jadinya kami sewa kereta sekali dengan pemandu... Ekekeke... Lebih kurang RM 30... Dia akan bawa kita sejauh 2KM... 

Inilah kereta kami dan pemandu kami...hehe


Di juga akan berhenti di tempat yang ada view menarik kalau-kalau kita nak tangkap gambar ke.



Inilah keretanya... KAk cik tak tahu nama dia apa... Kami panggil tut tut je.. Hehe


Ni lah keretapi 1st bukit bendera dulu


Yang ni pula yang baru sikit.

Kat atas tu juga dia bawa pusing-pusing ke rumah-rumah perseorangan... Bru kak cik tahu rupanya Ada orang tinggal atas bukit bendera ni...

Habis jalan-jalan naik tut tut, kami jalan-jalan guna kaki pulak di sekitar kawasan yang mendatar tu je... 

Dan kak cik jumpa ni -Pad lock bridge. Ingat kat korea je ada padlock bridge? Haa... Lepas ni kalau nak buat janji ikat setia pada pasangan dah tak perlu susah-susah ke korea, datang je penang, okay!




Sini pula tempat buang kuncinya... Hehe

On the way nak balik ke kedah, kami naik ferry. Sebab dah lama tak naik jugak...hehe

And baru kak cik tahu, rupanya kita just bayar tol (kalau lalu jambatan) atau ferry masa pergi je... Balik free,,, harganya sama je.. Sebab masa kita bayar tu sebenarnya kita dah bayar untuk pergi balik,.


View dari ferry..