Saturday, 17 January 2015

Cabaran 52 minggu

Kak cik harap masih belum terlambat nak kongsi sesuatu yang sangat awesome ni. Awesome bagi kak cik lah. Bagi korang tak tahu la kan.

Sebelum ni macam mana korang menabung? Sehari seringgit? Sehari dua ringgit? Kak cik dulu ada juga menabung cara sendiri. Tapi hasilnya tak seberapa. Ye lah. Modal pun tak besar. Takkan pulangan nak besar pulak kan. Bukannya berniaga. Mana tak nya. Sehari masuk tabung RM 1 sahaja. Setahun ada 365 hari. So, setahun dapat RM365 sahaja. Itu pun bukannya simpan di bank. Duit tu untuk digunakan pada bulan pertama tahun berikutnya sebelum menunggu elaun masuk. >.<..

Jadi, tahun ni kak cik nak ubah sikit style menabung. Biar duit tu bertambah sikit dalam Tabung Haji tu. Kata nak pergi haji sebelum umur 30 tahun kan... Haha.

So, awal-awal tahun hari tu, waktu kak cik tengah scroll FB, terjumpa ada orang share tentang 52-week money challenge ni. Bila baca baris demi baris, eh, menarik lah!


Faham tak carta di atas ni? Okay, meh sini kak cik terangkan. Tabungan ini tidak dilakukan setiap hari, tapi setiap minggu. Dalam setahun ada 52 minggu, means, kita akan menabung sebanyak 52 kali. 

Minggu pertama kita masukkan RM 1, minggu ke dua RM 2, minggu ke tiga RM 3, seterusnya hingga minggu ke 52 kita akan masukkan RM 52. So, di akhir tahun, hasil yang kita dapat adalah RM 1,378. Banyak, bukan? 

And, surprisingly, tahun ni kita ada 53 minggu. So, tabungan kita akan bertambah sebanyak RM 53!.

Jadi, kak cik pun cepat-cepat buka laptop buat table sendiri..


Arghh,... RM 1 kecil sangat. Kita start dengan RM 2. hahah.. Tamak betul. Ada orang tanya, kenapa letak nama dia 'My Treasure Money'? Hehe... Dengan malu-malu kak cik jawab, sebab kita menabung tanpa sedar. Bila dihujung, kita dapat pulangan yang lumayan. macam ''eh, banyaknya duit aku!".... hahah... macam terpijak rezeki gitu... hehe...

By the way, selamat mencabarkan diri anda.

*Sesiapa yang nak softcopy boleh tinggalkan email di ruangan comment, nanti kak cik send. Kalau rajin, nak buat sendiri pun boleh. :-)

1 comment:

  1. Assalamualaikum kak cik
    Boleh send softcopy my treasure money tak..
    mazidahawang@gmail.com

    Mekasih

    ReplyDelete