Saturday, 3 January 2015

Cita - cita


**kalau tak dapat buka boleh tengok kat link ini..

Hehe... comel je cita-cita Yu. Comel lagi cita-cita Hawa. Sebab kak cik pernah ada cita-cita yang sama dengan Hawa suatu ketika dahulu...

Jeng... jeng....

Ini kisah tentang sebuah cita-cita...



semasa di PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam), kalau cikgu tanya besar nanti nak jadi apa? Kak cik akan jawab "Saya nak jadi doktor!"... Sebab nampak doktor smart dan hebat sangat. Pakai baju kot putih paras lutut lepas tu tersangkut statoscope di leher. Woahh, profesional gitu. Hehe.

Bila dah besar sikit, masuk sekolah rendah, jawapan yang diberi panjang sikit. "Saya nak jadi doktor sakit puan!". Haha... Kak cik sendiri pun tak tahu dari mana dapat perkataan 'sakit puan' tu.

Bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Kak cik melangkah ke alam pengajian yang seterusnya iaitu sekolah menengah. Cita-cita sebagai seorang doktor sakit puan masih kekal nak nak bila kak cik berkenalan dengan seorang kawan yang mana mak dia adalah seorang obstetric doctor. Memang terus mak dia jadi idola! Sampai sekarang nombor telefon mak dia tersimpan kemas dalam contact list kak cik walaupun tak pernah contact. Haha... Boleh macam tu?



Waktu itu apa sahaja rancangan, dokumentari atau apa-apa tentang dunia kedoktoran memang kak cik akan tengok. Contoh yang paling kak cik suka tengok adalah rancangan Medik TV. Tambah-tambah kalau ada cerita tentang perbidanan, lagilah suka macam cerita ni.



Kemudian, kak cik main-main masa PMR. Keputusan tidak memberangsangkan. Dengan keputusan yang ada kak cik tak layak masuk kelas sains sebab syarat minimum adalah 8A. Itu sangat jauh dengan keputusan PMR kak cik. Waktu itu, depress sangat. Rasa macam semua orang tak faham kak cik. Sampailah pertengahan tahun 2009, waktu itu kak cik tingkatan 4, dengan rela hati kak cik isi borang untuk jumpa guru kaunseling. Haaa, awat lambat sangat? Sepatutnya bulan 1 dah pi kan.. Huhu...

Alhamdulillah, lepas jumpa cikgu kaunseling, ada sedikit semangat. Beliau banyak membantu. Terasa macam ada sinar. Terasa masa depan semakin cerah. Semenjak itu, dalam biodata kak cik, bukan lagi seorang doktor, tetapi seorang akauntan memandangkan kak cik juga minat dalam subjek kira-kira.

Akan tetapi, sepanjang dua tahun kak cik di menengah atas, cita-cita sentiasa berubah. Selain akauntan, kak cik pernah berangan nak jadi fashion designer! Haha. Okay. Sila tutup mulut anda. Jangan gelak. Tetapi seriously, kak cik memang minat design-design baju ni. Kalau ada rancangan kat tv macam Runway Project, IFF, memang kak cik peminat setia. Yang paling kak cik suka baju pengantin. Almaklum, waktu tu budak baru nak UP kan. Aha, cumanya, walaupun kak cik minat fashion, it doesn't i'm fashionable too. :-p



Disebabkan kak cik suka fashion, jadi pernah ada cita-cita nak buka butik sendiri. Butik pengantin! Sebab minat menjahit jugak. Di samping jahit baju, boleh menjual barang-barang kraf berkaitan dengan pengantin. Haaaaa, ini adalah disebabkan kak cik terlampau taksub dengan rancangan Martha Stewart Show. Best sangat tengok bilik jahit dia.

Phewww... Kalau kat rumah ada bilik macam ini, inilah syurga dunia kak cik... ;-p... boleh habiskan masa berjam-jam di sini..

Jadi, semasa tunggu result SPM dulu, kak cik ambik kelas menjahit. Bukan untuk merealisasikan cita-cita ini. Tapi sekadar untuk memenuhi masa lapang dan meluaskan pengetahuan tentang bidang jahitan. Hehe... Tapi kalau angan-angan nak buka butik pengantin menjadi kenyataan pun okay jugak, bukan?

Selain berangan nak buka butik pengantin, pernah jugak berangan nak jadi pengusaha kedai roti dan kek. Haha. Tak pandai pun.. Cuma minat dalam bidang bakery. Boleh jadi supplier ke kantin-kantin sekolah, seminar atau majlis keramaian ke... Haha... Berangan!.

Last but not least, pernahjugak berangan nak jadi pelukis. Sebab melukis adalah pekerjaan yang kak cik buat hampir setiap hari contohnya ketika pensyarah mengajar di hadapan. Hehe.. Ada jugak orang yang kurang senang dengan minat kak cik ni. Biarlah. Mereka tak tahu. It's about art. Lukisan sangat uik. Ada maksud yang tersendiri. Seperti senikata dalam lagu Tan Sri P Ramlee, "Tiada gambar secantik lukisan, untuk ku tunjukkan perasaan". Indeed, kalau nak tahu perasaan kak cik dalam sesuatu keadaan, tengoklah hasil kerja seni kak cik. Marah, sedih, sunyi hatta terlalu gembira pun kak cik akan terjemahkan dalam bentuk lukisan. Jangan lihat pada gambarnya tetapi lihat pada kualiti lukisannya sebab selalunya gambar tidak ada kena mengena dengan keadaan. Hehe... Sekarang ini pun, upah hasil daripada melukis cukuplah untuk beli sebatang dua pen. Alhamdulillah. Moga kak cik dapat salurkan bakat ini pada jalan yang betul, insyaAllah.




Dalam biodata tulis nak jadi akauntan, tetapi kenapa sentiasa berubah-ubah? sebab kak cik tak ada saudara mara yang bekerja dalam bidang itu. Justeru, tak dapat bayangkan pekerjaan itu bagaimana. Sebab itu, macam-macam jenis pekerjaan terbayang di minda hatta pernah berangan nak jadi suri rumah sepenuh masa macam Hawa, budak dalam video di atas! Hehe. Tinggal di rumah, masak sendiri untuk suami dan anak-anak. Dapat jaga anak sendiri, tak perlu cari pengasuh. Jimat duit. Sambil-sambil tu boleh jana pendapatan sendiri  dari rumah macam perniagaan online ke, kan? Haha. Percaya atau tidak, itulah cita-cita kak cik selepas ambil peperiksaan SPM. Sebab, dah malas fikir tentang apa aku nak jadi nanti. Memang pasrah apa jua keputusan yang keluar. Kiranya kalau result teruk, menjadi suri rumah tangga adalah pilihan utama. Boleh begitu? Haha..

Walau apa pun cita-cita kita, sedar tak sedar sebenarnya banyak benda yang mempengaruhi kita dalam memilih kerjaya. Contohnya mak ayah. Selalunya pekerjaan anak akan ikut pekerjaan ibu bapanya. Kalau mak ayah cikgu, maka cikgu lah anak dia. Kalau mak ayah doktor, maka doktor lah anak dia. Selain itu adalah faktor minat. Kebanyakkan kita pilih sesuatu pekerjaan adalah disebabkan minat. Contohnya kak cik minat menjahit, jadi berangan nak buka butik sendiri. Sebab kak cik percaya, kita tak akan stress atau kadar depresi dalam pekerjaan akan berkurang kalau kita buat benda yang kita minat walaupun gajinya tak seberapa. Am I, right?

Kepada ibu bapa, guru-guru atau sesiapa sahaja,kak cik merayu, jangan sesekali memperkecilkan cita-cita anak kecil. Biar apa pun yang mereka ingin jadi, sokonglah. Bimbing kalau dirasakan mereka salah membuat pilihan. Bimbing, bukan condemn. Cerita ini sangat disyorkan.



Dua cerita yang sangat memberi inspirasi!

Apa-apa pun, apabila kira merancang, Allah juga merancang. Dan ternyata rancanganNya adalah yang terbaik!!!

"My Future Kitchen"... Orang kata perempuan tak payah mengaji tinggi-tinggi sebab akan berada di dapur jugak. Tapi kata kat orang tu balik, nak tengok perempuan tu mengaji tinggi tara mana, tengok dapur dia besar mana... ;-)


2 comments:

  1. to Mardhiah

    InsyaAllah... moga kita terus kuat dalam jalan yang kita pilih ni... Amin... :-)

    ReplyDelete