Monday, 5 January 2015

Happy Belated Birthday wahai Kekasih Allah

Sob...sob.... dah 3 hari birthday Rasulullah. Baru nak wish? Aiyakkk...  Huhu...



Okay, kak cik nak kongsi satu hadis yang kak cik pernah hafal masa tingkatan 2 dulu yang sangat terkesan di hati ini. Kak cik tak ingat sangat sanad dan matannya. Hanya ingat mafhumnya sahaja. Tapi, tadi kak cik terbaca tentang hadis ini di wall kawan kak cik. Jadi begini hadisnya :

Telah mengabarkan kepadaku 'Atha' bahawa dia mendengar Jabir bin Abdullah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda : "Apabila hari mulai malam atau malam telah tiba, maka tahanlah anak-anak kalian, kerana saat itu syaitan berkeliaran, apabila malam sudah mulai larut maka lepaskanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumah kalian dan sebutlah nama Allah, kerana syaitan tidak mampu membuka pintu yang tertutup, dan tutuplah tempat air minum kalian sambil menyebut nama Allah dan tutup pula perkakas dapur kalian sambil menyebut nama Allah walaupun hanya dengan sesuatu yang dapat menutupinya dan matikanlah lampu-lampu kalian" (Sahih Bukhari)

Dari hadis di atas apa yang kita dapat, antaranya :

1) Hikmah kita kena tutup makanan. Pertama, syaitan tak boleh buka penutup makanan walaupun kita tutup makanan tu dengan sebatang lidi sambil sebut nama Allah (Basmalah). Kedua, boleh elak dari terkena najis macam tahi cicak ke yang jatuh dari syiling. Ketiga, elak daripada terkena wabak penyakit. Ustaz cakap, dalam setahun akan ada satu malam Allah turunkan wabak ke bumi. Jadi, bila makanan kita tertutup, insyaAllah terselamat.

2) Kenapa Rasulullah suruh tutup lampu? Pada zaman baginda tak ada lagi lampu elektrik macam kita. Lampu yang dimaksudkan adalah pelita. Antara hikmah kita kena tutup lampu sebelum tidur , pertama, supaya tidak berlaku kebakaran. Contohnya, api di pelita tidak dipadamkan. mana tahu ada tikus ke tersepak lalu terbalik pelita tersebut kemudia apinya menyambar langsir-langsir yang berterbangan. Kan dah jadi satu bencana. Kedua, untuk mengelakkan aurat daripada ternampak kepada orang lain. Iyalah, kalau orang tu tidur buas, kain terangkat sampai ke peha, lampu pulak tak tutup, kan orang lain boleh nampak aurat kita. Kalau lampu ditutup, sekurang-kurangnya orang tak nampak aib kita walaupun tidur buas.

Lepas baca hadis ini, terdetik di hati. Baiknya Rasulullah. Benda remeh macam ini pun baginda pesan pada kita. Padahal suruh tutup pintu waktu maghrib, tutup makanan dengan padam api pelita je kot. 

Jadi, bersempena dengan birthday Rasulullah ini, jom kita amalkan apa yang baginda suruh. Sunnah kan. Tak dapat amalkan semua, amalkan 3 benda dalam hadis ini pun dah okay. :-) 

No comments:

Post a Comment