Sunday, 11 January 2015

Sharing is caring : Cloth pad

Okay, first of all, ini entre untuk kaum Hawa sahaja. Tapi kalau Adam nak baca jugak, silakan... Untuk tambah pengetahuan, apa salahnya, kan?

Pernah dengar tentang 'cloth pad'?

Alaaa..cloth pad tu adalah tuala wanita yang bila dah pakai, tak perlu dibuang. Sebab boleh pakai semula selepas dibasuh dan dikeringkan. Faham?

1st thing, kenapa terciptanya cloth pad ni adalah sebab sekarang kan banyak pencemaran. Tambah-tambah semua pad yang ada dalam dunia ni diperbuat daripada plastik. Plastik kan sangat susah untuk di biodegradasikan. Tak percaya, cuba korang tanam plastik dalam tanah, 5 tahun kemudian korek balik tempat ditanam tu. Ada lagi tak plastik tu.

2nd is, ia menjimatkan kos. Let's say seorang wanita perlukan RM10 untuk keperluannya setiap bulan and kadang-kadang maybe lebih, RM10 X 12 bulan, dah jadi RM120. Itu baru setahun. Kalau 10 tahun? 20 tahun? Walaupun cloth pad ni agak mahal, tapi berbaloi. Sebab kita boleh guna paling kurang 5 tahun. Kalau pandai jaga boleh tahan sehingga 10 tahun.

3rd, elak daripada jangkitan. Yup, ini kak cik sangat setuju. Waktu muda remaja dulu, mak ajar kak cik pakai pad yang dibuat sendiri. Yakni, kain batik yang digunting kecil-kecil sebesar tuala good morning, kemudian dilipat-lipat sehingga menjadi seperti pad pakai buang. Kemudian letakkan pada seluar dalam seperti biasa. Kalau takut terjatuh, pinkan kat hujung. Langsung tak rasa gatal-gatal, berkuap ataupun berbau. Selesa.

Kak cik pakai pad pakai buang hanya bila berjalan jauh je. Sebab nanti basuh tak ada tempat nak sidai. Hehe. Malu lah kan.

Tapi, bila terjumpa cloth pad snowdrop ni, hati berbunga-bunga. Ini barulah dinamakan inovasi. Terus kak cik order.

Boleh tengok pakej-pakej yang ditawarkan. Kalau beli satu-satu agak mahal bagi student macam kak cik ni. Hiks.

Comel sangat! Siap dapat beg basahan lagi. Beg basahan tu apa? Owh, kalau macam kita pergi holiday ke, camping ke, tapi tak sempat nak basuh, just simpan dalam beg basahan tu je. Balik basuh kat rumah nanti.

Ada orang tanya. Tak bocor ke? InsyaAllah... Selama kak cik guna ni, tak pernah lagi bocor. :-)

Jahitan yang kemas. Cloth pad snowdrop ni adalah home made tau. Tali tu adalah untuk senang kita nak gantung untuk jemur nanti.

Fabrik Minky. 

Alar... malaslah nak basuh segala bagai. Hey, apa korang pakai pad pakai buang tak basuh ke? At least mestilah kena hapuskan kotoran di permukaan pad jugak kan? So, Kita kena basuh jugak la kan. So, which better. Pad yang lepas pakai kena basuh then buang atau pad yang lepas pakai kemudian basuh dan boleh pakai semua lepas tu? Think wisely... ;-)

Butang supaya tak jatuh dari seluar dalam.

Untuk maklumat lanjut untuk cloth pad ni boleh click sini http://www.snowdrop.com.my/ ... untuk ibu-ibu, cloth diaper pun ada jugak.

2 comments:

  1. azimah pakai yang ni ke? beli pn kat web snowdrop tu eh? :)

    ReplyDelete
  2. to serikandi kasih

    Ye.. saya baru cuba yang ni... yang ni just panty liner jer... tapi rasa macam sesuai je kalau untuk light flow.. ada lagi set-set lain... boleh tengok kat laman web tu. Nak order kat situ boleh... Kat facebook pun boleh... :-)

    ReplyDelete