Wednesday, 7 January 2015

The Hobbit 3

First of all, kak cik nak salahkan abang! Kenapa dia perkenalkan kak cik dengan siri The Hobbit ni? Kenapa dia ajak kak cik tengok cerita ni kat wayang dulu? Kenapa ? Kenapa?


Huh.... =_=''...

Kan sekarang aku pulak yang demam Hobbit...

Waktu abang ajak dulu, "Jom tengok The Hobbit".... apa yang kak cik fikir "Cerita apa tu? Hantu ka?"... Huhu.. kak cik ni memang alergic dengan hantu-hantu ni. Bukan takut, tapi tak nak membunuh perasaan berani yang ada dalam diri. Hehe...

Tapi Hobbit yang terakhir ni tengok dengan kakak... >.<

Kesudahannya, setiap tahun menanti cerita ini. Bukan senang tau. 3 tahun menunggu baru habis.

Seriously, rasa sedih sangat bila tengok The Hobbit 3 : Battle of the five armies. Babak dalam tu satu hal... Satu lagi, sebab lepas ini dah tak ada dah The Hobbit yang ke-4. Tapi kalau nak request boleh? Hehe..

Macam tak adil. Teringin nak tahu apa penyudahnya watak Tauriel. Memang itu watak rekaan pengarah. Tapi nak tahu jugak. Dah la kak cik admire dengan watak Tauriel tu. Hehe... Maybe sebab dia seorang ja kot watak perempuan yang menonjol dalam tu.

Paling minat spesis elves. Tak tahu kenapa orang kata elf jahat. Tapi kak cik rasa dia baik. Walaupun King Thranduil pun nak jugak batu Arkeinstone tu, tapi dia masih fikir tentang kebajikan tentera-tenteranya. Apalah sangat nilai permata tu kalau nak dibandingkan dengan nyawa tentera kan. Lagi satu, kak cik rasa kehidupan elf ni macam sistematik, tersusun, dan kemas. Eh, puji lebih-lebih pulak. Haha...

King Thranduil - the fabulous elven-king of mirkwood. I wonder how he stays fabulous for 3000 years. Haha... Ya, itulah umur dia. 3000 tahun.

Paling best, cara depa lawan... Pheww.... Terpesona kejap.

'Graceful but deadly' - mungkin yang tu ja words yang sesuai untuk gambarkan cara depa lawan. :-)

Conclusionnya, cerita ini memang best. Sangat epic. Cuma satu je kak cik tak puas hati - Smaug bercakap? Naga boleh bercakap? Hahaha.. macam tak logik. Dan lawak. Tapi tak kisahlah. Nama pun cerita fantasi kan. Hehe...

Dan mungkin boleh letak dalam list tempat yang nak pergi lepas ini adalah ke 'Middle Earth' di New Zealand... Nak masuk dan tengok sendiri lubang Hobbit..




Cantik... Korek bukit buat rumah. Macam dalam cerita teletubbies. Hehe.

Dan semenjak dua menjak ni, i'm still in the Tauriel mood. Tetibe dah terminat kat Evangeline Lilly. :-p

Karya 1st untuk tahun 2015 ni...

and she is an author too... Just like me. We love reading and writing and enjoy the nature. Haha...

and a classic woman. Just like i do... :-p

Cuma satu benda je kak cik tertanya-tanya dari cerita the hobbit sampailah lord of the ring...

Depa ni ada apa-apa ka? Nak kata kekasih, macam tak nampak sangat. Nak kata bukan, tapi nampak macam kekasih. Ada sapa-sapa nak bagi pencerahan? Mungkin kak cik tak berapa faham cerita orang putih ni. Huhu


No comments:

Post a Comment