Friday, 3 April 2015

Para para Sakura

Kononnya tahun lepas, Malaysia digemparkan dengan musim bunga sakura di Utara khususnya Kedah dan Perlis. Dan tahun ni musim tersebut muncul lagi... Hanya berlaku dalam bulan Mac...

Tapi kak cik tak de lah tergempar sangat. Sebab rasanya bunga ni memang tiap-tiap tahun ada. Dulu banyak je pokok ni depan sekolah. Siap bawa kamera lagi ambik gambar dengan pokok... Tapi mungkin sebab sekarang ni macam-macam medium untuk tersebarnya berita ni contohnya macam facebook, whats app, we chat etc. 

tapi, kak cik memang akui, sekarang ni pokoknya makin banyak, makin besar, dan of course makin cantik. Jadinya, 'musim bunga' tu makin terserlah.

Kebetulan tahun ni dia berbunga masa cuti sekolah. Jadi, bolehlah kak cik ambik gambar buat kenangan.

tapi malangnya, sehari sebelum kak cik balik, hujan turun dengan lebatnya. banyak bunga yang gugur. Hampir separuh alor setar kak cik pusing cari pokok ni... sampai lah terjumpa satu 'hidden place' area Jalan Kuala Kedah...

Bila tengok depan mata, SubhaLLAH... macam betul-betul ada di negara Jepun.





Bunga sakura di Malaysia dah tengok... Agaknya bila pulak dapat tengok bunga sakura di Jepun ya?


2 comments:

  1. Salam...cantiknya...selalu berangan mcm kat oversea......

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. sangat cantik... bulan Mac tahun depan jemputlah datang ke utara.. kebanyakan jalan-jalan utama ditanam dengan pokok ni.

      Delete