Friday, 22 January 2016

Last day at SK Bukit Bayas

Tadi aku kemas kini folder di desktop. Nak praktikum fasa 3 dah kan. Desktop kena bersih, bersinar dan wangi!... Barulah semangat. Mana-mana file yang tak perlu kena buang ke recyle bin. Tak semena-mena aku terjumpa satu document titled 'untitled'. Aku bukak. Baca sebaris demi sebaris... Air mata ni meramu-ramu turun... Waaa... tak sukanya perasaan ni... 

Suka untuk aku kongsikan tulisan aku bertarikh 17 september 2015.

******

Bismillah. Terketar-ketar tangan aku nak taip. Terlalu banyak moment-moment indah untuk ditulis. Takut terlupa. Moment indah yang akhirnya membuatkan aku tersedu sedan. Allahu... Padahal dari awal aku menjejakan kaki ke sekolah ini, aku dah janji dengan diri sendiri. Aku tak nak sayang sangat sekolah ini. Nak buat biasa-biasa je. Ikut arus. Sebab aku tahu, perpisahan pasti terjadi di hujung praktikum nanti. Aku benci perasaan ni. Aku tak suka rasa ni. Perasaan ini sakit sangat. Berpisah dengan insan yang kita sayang. Sungguh, ustazah sangat sayangkan kamu duhai anak!...

Pagi tadi, semua orang bangun lambat. Sebab semalam tidur lambat. Kemas-kemas rumah. Final touch up untuk sourvenir nak bawa ke sekolah. Simpan baju dalam beg. Gila lah. Semua macam lipas kudung pagi ni. Sampai sekolah memang lambat gila. Tak pernah selewat ni sebelum ni. Memang aku merempit. Huhu. Sampai sekolah lagi 5 minit pukul 7.30 pagi. Sampai je terus zasss, jalan laju-laju letak beg di bilik guru, tulis kedatangan di pejabat kemudian join Kak Huzian jadi guru penyayang di pintu pagar. La haiiiii... sedihnya teramat sangat. Duhai diri, tahan! Jangan meleleh ayaq mata tu. Kalau dia bertakung di kelopak mata hang serap masuk balik. T_T

Bunyi je loceng, ambik gambar sekeping dua depan pintu pagar. Pastu terus jalan pergi dewan. Macam biasa. Hari khamis ada bacaan yasin. On the way nak sampai dewan, kak yan tunggu di tengah jalan. Aduh, kenapa pulak kak yan tunggu ni. Kak yan tanya boleh tak bagi ucapan nanti di dewan sejurus selepas bacaan yasin. Allah... Tak sangka gurauan aku dan kak faizah semalam rupanya adalah kenyataan. Semalam kami main-main je berlatih bagi ucapan. Hahaha... Tak sangka main-main semalam tu sebenarnya untuk betul-betul pada hari ni. Aiyoo..


Baca yaasin pagi tadi syahdu sangat. Kusyuk betul aku tadi. Mulut menyebut satu persatu huruf dalam surah yasin, tapi kepala ligat fikir apa nak cakap nanti. Apa yang dilatih semalam langsung tak melekat di kepala. Then, tibalah masa untuk bagi ucapan. Alhamdulillah. Okay. Tak gagap. Haha.. Cumanya habis terkeluar loghat kedah. 

Masa bagi ucapan tu, aku tahan sangat nada ni jangan sebak. Kalau aku rasa dada aku naik turun laju. Pernafasan terasa kencang. Aku diam kejap. Biar tenang. Kemudian sambung balik. Mujur tak meleleh air mata depan murid seramai 2++ murid. Sunggu, waktu ini, hari ini, ketika ini aku nak masa bergerak dengan sangat perlahan. Sebab aku takut dengan detik perpisahan. Tapi apakan daya, bukan aku yang atur semua ni. 

Lepas habis baca yasin aku ke surau. Solat dhuha. Baca surah luqman. Kalau sebelum ni aku baca surah luqman adalah untuk bakal anak-anak aku nanti. Tapi di sekolah ini aku baca surah luqman untuk anak-anak murid aku. Supaya mereka mudah faham apa yang aku ajar. Surau ini, sangat berjasa pada aku. Aku bukan kaki surau. Surau di maktab, aku hampir tak pernah pergi. Muka aku lah yang paling jarang dilihat di sana. Tapi di surau ini begitu bermakna pada aku. Antara tempat yang bakal aku rindui di SKBB. Inilah tempat yang paling priversi untuk aku di sini. Aku nak nangis aku datang sini. Aku sakit segugut aku datang sini. Aku nak buat rakaman audio aku datang sini. Tak tahu lah bila lagi aku berpeluang ke surau ini lagi. Sebab tu bila guru pembimbing minta aku tulis doa masuk/keluar di dinding surau, aku suka!.. Sebab sentimental value kot.

Habis solat. naik bilik guru. Buat kerja sikit untuk pustaka. Sikit lagi hampir siap. Waktu tu kak yan tengah setting tempat untuk jamuan tengah hari nanti. Siap ada safrah lagi tau. Kak yan lapik kain pastu kak yan potong plastik, alas atas kain pulak. Huhu... kak yan... inilah insan yang paling paling paling aku akan rindui nanti. Terima kasih kak yan untuk segalanya. I love you kak yan!...

Masa tolong kak yan lapik platik atas meja, cikgu Harun datang bagi relief kelas. 3 masa. 3 masa terakhir.Pukul 9.15 aku naik kelas 4 majah. Aduh, mana pulak budak-budak ni pegi. Oh, aku lupa, depa ada ujian SEGAK. Hurmm... baru ingat nak bagi kata-kata terakhir untuk depa. Tak pa. Masa terluang ni aku gunakan untuk tulis diari dan touch serba sedikit dalam buku rekod tu. Habis kelas, pak cik yang aku tempah kek semalam call. Dia suruh ambik di pintu pagar sekolah. Aku tempah kek marble caramel. 2 biji.Satu untuk bilik guru, 1 lagi untuk anak-anak 4 sina.On the way nak letak kek di bilik guru, budak-budak 4 sina dah tunggu tengah jalan. Depa kata takut ustazah lupa. So, depa mai nak jemput ustazah kesayangan depa ni. Chewah.. kesayangan ke? Haha. 

Masa naik kelas 4 sina, aku rasa seperti orang yang diraikan sangat. Seolah-olah hari itu adalah hari untuk aku. Dan aku yakin kak faizah mesti rasa benda yang sama. Masuk kelas, ada 2 kerusi untuk kami di depan kelas. Pastu kak yah jemput bagi ucapan. Kemudian ada acara tukar hadiah. Budak-budak bagi hadiah. Duhai kelenjar air mata,please stop merembes air mata!. Sungguh...aku berlagak senyum je ni. Kalau ikutkan hati nak je aku lari ke toilet nangis. Kemudian kak yah jemput makan. Kak yah buat pulut kuning. Masa, gerak perlahan please. Aku nak moment ini berhenti di sini. Sob...sob..

Habis waktu rehat, masuk bilik guru semula. Sambung buat kerja. Waktu tu kak yan tengah susun-susun tray makanan. Aduh kakak aku yang seorang ini. Moga jodoh kita panjang ya kak... saya suka berkawan dengan kak yan.. 

Habis buat kerja yang tertangguh tu, aku ikut kak faizah masuk kelas 2 ghazali. Lepas tu relief kelas 2 syafie. Kemudian 4 sina. Strict hari ni. 3 masa pagi tu je aku free. 2 syafie tu aku pusing kepala. Tak tahu nak buat aktiviti apa untuk diisi.Sejam! Sebelum-sebelum ni aku ajak depa menyanyi. Tapi dah tak ada modal nak menyanyi. Aku bukannya hafal sangat lagu-lagu abad 21 ni. Ekeke. Okaylah, hari ni kita melukis ye anak-anak. Aku bagi kertas sorang satu. Awak lukis je mende pape pun. Pastu cepat pulak depa ni lukis. 15 minit dah siap. Waaa.. lagi 45 minit nak buat apa ni. Okaylah. awak warna pulak lukisan yang awak lukis tu. Mujur yang ni ambik masa lama jugak. Hehe... Sebelum keluar, bagi taujihad sikit, pastu terus ke 4 sina. 

Di 4 sina ni aku bagi kertas jugak sorang satu. Tapi bukan untuk melukis. Aku suruh depa tulis tentang aku. Apa je yang depa tak puas hati tentang aku. Sambil depa menulis, sambil aku cakap-cakap. Sambil aku sebut nama sorang-sorang. Inilah kelas yang paling banyak aku interaski. 3 kali seminggu. 

Paling aku terkilan aku tak sempat masuk kelas 4 majah pun. Tak sempat nak jumpa depa pun. Padahal tadi depa mai jumpa aku ramai-ramai. Nak salam katanya. Tapi aku kata tak yah. Nanti aku masuk kelas depa. See! Padahal aku tak sempat pun. Huhu, mujur aku 2-3 orang lagi yang tak balik. Aku pass kat depa ja bookmark yang aku ngan kak faizah buat.

Loceng berbunyi. Menandakan pukul 1.15. Masa yang paling aku takuti. Masa untuk say good bye. Masa tengah bersalaman dengan anak-anak 4 sina, anak-anak 4 majah pun ramai-ramai datang salam dengan aku. Si Azizan tu entah kali ke berapa datang bersalam dengan aku. Dia kata dia terkejut bila aku cakap kat dewan tadi hari ini adalah last day aku kat sini. Alahai anak-anak. Kan ustazah selalu mention dalam kelas yang ustazah kat sini 2 bulan je. Buat-buat terkejut pulak dia. Huhu. Sebelum keluar, depa ajar selfie. Huhu...aku tak pandai nak selfie ni. Tapi demi awak, apa-apa je lah... Ustazah ikutkan aja.. Ustazah very sad anak-anak. T_T... Waktu tu dah pukul 1.25. Aku tengok kat pintu, kak yan berdiri di sana. I'm not sure kalau dia tengah tunggu aku ke tak. Nampak gaya macam tengah tunggu, tapi bila aku berdiri di situ dia tak tegur pun.Just senyum je. Urm.. musykil..musykil.. 

Lepas tu rushing ke bilik guru. Jumpa cikgu-cikgu. Salam-salam.. Peluk-peluk. La hai... kakak-kakaku ini... Terima kasih ya kakak-kakak semua. Sungguh aku langsung tak rasa kekok sangat kat sekolah ni. Padahal aku ni taklah ramah sangat. Seriusly, terharu dengan layanan depa. Sayang kakak-kakak semua. Ya Allah, rahmatilah mereka, berikan nikmat kesihatan kepada mereka, berkatilah umur mereka. Sungguh, mereka telah menyantuni kami berdua dengan sangat baik.


Jam dah pukul 1.45. Aku nampak kak yan tengah kemas-kemas barang. Nak balik. Waa.. sedihnya nak berpisah. Kita boleh jumpa lagi tak lepas ni, kak? Sedih, tapi aku profesional. Cool je. Takkan nak nangis kan. Buat malu je. Sebelum balik, kak yan singgah di meja kami.Salam. Kak yan kata dia minta maaf kalau dia ada buat salah apa-apa. Ya Allah.. kak yan. Kami yang perlu minta maaf sebab selalu susahkan kak yan. Lepas tu aku minta nak peluk. Biarlah, waktu tu ketiak tengah berpeluh, badan bau masam.. Mana tahu kot-kot itu pertemuan terakhir kan. T_T

Sebelum balik, aku dengan kak faizah siapkan sikit lagi board di pustaka. Tu amanat guru besar tu. Selesai semua, kami balik ke IPG. Back to normal life.

Terima kasih semua for the sweet memories. SKBB always in my heart. Terima kasih untuk segalanya...

WHERE'S THE GOOD PART IN THE GOOD BYE




Wednesday, 6 January 2016

Janam Janam Lyric







Janam janam janam saath chalna yunhi
Kasam tumhe kasam aake milna yahin
Ek jaan hai bhale do badan ho judaa
Meri hoke hamesha hi rehna
Kabhi na kehna alvida

Meri subah ho tumhi
Aur tumhi shaam ho
Tum dard ho tum hi aaraam ho
Meri duaaon se aati hai bas ye sadaa
Meri hoke hamesha hi rehna
Kabhi na kehna alvida

Aha ha ha...

Meri hoke hamesha hi rehna
Kabhi na kehna alvida..

Teri baahon mein hai mere dono jahaan
Tu rahe jidhar meri jannat wahin
Jal rahi agan hai jo ye do tarfa
Na bujhe kabhi meri mannat yahi
Tu meri aarzu, main teri aashiqui
Tu meri shayari, main teri mausiqi

Talab talab talab bas teri hai mujhe
Nashon mein tu nasha banke ghulna yunhi
Meri mohabbat ka karna tu haq ye adaa
Meri hoke hamesha hi rehna
Kabhi na kehna alvida

Meri subah ho tumhi
Aur tumhi shaam ho
Tum dard ho, tum hi aaraam ho
Meri duaaon se aati hai bas ye sadaa
Meri hoke hamesha hi rehna
Kabhi na kehna alvida

Aa... alvida..
O... na na..

Psss...Demam dilwale tak habis lagi hoiii

Tuesday, 5 January 2016

Kak H yang sentiasa dirindui

Happy Holiday semua untuk adik-adik dan rakan-rakan pendidik. J adik-adik yang masih menjawab soalan SPM tu teruskan perjuangan anda ya. Do your best. J

Kak cik nak kongsi tentang seseorang yang sangat kak cik kagumi.

Kak cik menggelarnya Kak H.

Hari pertama, kak cik lapor diri di sekolah. Turun ke perhimpunan. Kemudian masa banyak dihabiskan di bilik guru. Almaklum, jadual masih belum dapat. Mata ini tertumpu pada seorang cikgu yang kak cik gelarnya sebagai Kak H.  Kalau orang tanya apa yang special tentang Kak H ni, sungguh… kak cik sendiri tak dapat nak huraikan. Tapi, sungguh.. diri ini sangat tertarik untuk mendekatinya. Kak H seolah-olah ada aura positif yang menarik perhatian siapa sahaja. Jujurnya, memang kak cik suka curi-curi pandang dia. Haha. Mungkin sebab suka tengok muka dia yang sentiasa tersenyum manis. Haha… ini kisah cinta pandang pertama kah?

Sejak hari pertama tersebut, hati ini meronta-ronta ingin mengenalinya dengan lebih dekat lagi. But, How? Lalu, perkenalan bermula ketika kak cik memberanikan diri menyapa beliau ketika ingin pulang dari sekolah. Sekadar bertanya rumahnya di mana, kak H mengajar subjek apa dan lain-lain. Kemudian bertambah erat ketika kak cik membantunya membuat sedikit tugasan.

Sepanjang 2 bulan mengenalinya, kak cik sangat tertarik dengan perwatakannya, bagaimana beliau menggauli rakan-rakan guru, anak murid, staff sekolah. Terdetik di hati ini ingin menjadi sepertinya. Beliau bukan guru agama. Hanya guru matematik dan muzik. Tapi akhlak dan sahsiahnya masyaAllah, superb! Mengalahkan guru agama.

Bukan kak cik nak meremehkan guru agama. Kak cik sendiri bakal menjadi guru agama. Tapi sejauh mana guru agama yang diberi gelaran ‘’ustazah’’ ini mampu menjadi qudwah hasanah kepada masyarakat sekurang-kurangnya melalui akhlaknya? Tepuk dada, tanya iman masing-masing.

Kak cik pernah berdiskusi dengan seorang senior mengenai Kak H. Kami sama-sama terinspirasi dengannya. Kata kak senior tersebut, “kadang-kadang Allah hadirkan orang seperti Kak H dalam hidup kita. Allah nak tengok sama ada kita nak menteladaninya atau biarkan begitu sahaja”

Bila difikirkan kembali, betullah kata senior tersebut. Allah memang sengaja temukan kita dengan insan seperti Kak H. Supaya kita dapat berfikir sedalam-dalamnya tentang hikmah di sebalik pertemuan tersebut.

Dalam dunia ini, kita bertemu dengan ramai orang menyakitkan hati. Tidak kurang juga dengan insan-insan yang begitu memberi inspirasi. Namun, adakah kita tergolong dalam golongan yang menyakitkan hati kepada orang lain? Dan yang paling penting, sejauh mana diri kita mampu menjadi qudwah kepada orang lain? Bukankah seorang guru sinonim dengan peranan sebagai  role model kepada anak didiknya?

Apa yang orang lain lihat pada diri kita? Sesuatu yang berharga atau hina? Ada tak apa-apa pada diri kita yang mereka boleh contohi? Atau sekadar mencebik berisighfar melihat sahsiah kita?
Allah…

Kata guru-guru, “Biar akademik tidak A, yang penting akhlaknya A supaya orang suka”.


Kak H,
Beliau merupakan antara insan yang sering kali ke meja ku setiap pagi untuk bertanya khabar.

Beliaulah yang membuatku bersemangat untuk ke sekolah setiap hari,

Beliaulah insan yang sentiasa membuatku tersenyum sendiri,

Beliaulah insan di mana kisah bersamanya paling banyak aku tulis dalam diari,

Ketika bersamanya, aku mahu masa berhenti di sini.

Moga kita sama-sama berusaha meningkatkan kualiti diri di samping mengajak orang ke arah kebaikan!

Terima kasih Allah kerana mempertemukan aku dengan Kak H. Moga kak H sekeluarga senantiasa berada di bawah naungan rahmatMu.