Tuesday, 5 January 2016

Kak H yang sentiasa dirindui

Happy Holiday semua untuk adik-adik dan rakan-rakan pendidik. J adik-adik yang masih menjawab soalan SPM tu teruskan perjuangan anda ya. Do your best. J

Kak cik nak kongsi tentang seseorang yang sangat kak cik kagumi.

Kak cik menggelarnya Kak H.

Hari pertama, kak cik lapor diri di sekolah. Turun ke perhimpunan. Kemudian masa banyak dihabiskan di bilik guru. Almaklum, jadual masih belum dapat. Mata ini tertumpu pada seorang cikgu yang kak cik gelarnya sebagai Kak H.  Kalau orang tanya apa yang special tentang Kak H ni, sungguh… kak cik sendiri tak dapat nak huraikan. Tapi, sungguh.. diri ini sangat tertarik untuk mendekatinya. Kak H seolah-olah ada aura positif yang menarik perhatian siapa sahaja. Jujurnya, memang kak cik suka curi-curi pandang dia. Haha. Mungkin sebab suka tengok muka dia yang sentiasa tersenyum manis. Haha… ini kisah cinta pandang pertama kah?

Sejak hari pertama tersebut, hati ini meronta-ronta ingin mengenalinya dengan lebih dekat lagi. But, How? Lalu, perkenalan bermula ketika kak cik memberanikan diri menyapa beliau ketika ingin pulang dari sekolah. Sekadar bertanya rumahnya di mana, kak H mengajar subjek apa dan lain-lain. Kemudian bertambah erat ketika kak cik membantunya membuat sedikit tugasan.

Sepanjang 2 bulan mengenalinya, kak cik sangat tertarik dengan perwatakannya, bagaimana beliau menggauli rakan-rakan guru, anak murid, staff sekolah. Terdetik di hati ini ingin menjadi sepertinya. Beliau bukan guru agama. Hanya guru matematik dan muzik. Tapi akhlak dan sahsiahnya masyaAllah, superb! Mengalahkan guru agama.

Bukan kak cik nak meremehkan guru agama. Kak cik sendiri bakal menjadi guru agama. Tapi sejauh mana guru agama yang diberi gelaran ‘’ustazah’’ ini mampu menjadi qudwah hasanah kepada masyarakat sekurang-kurangnya melalui akhlaknya? Tepuk dada, tanya iman masing-masing.

Kak cik pernah berdiskusi dengan seorang senior mengenai Kak H. Kami sama-sama terinspirasi dengannya. Kata kak senior tersebut, “kadang-kadang Allah hadirkan orang seperti Kak H dalam hidup kita. Allah nak tengok sama ada kita nak menteladaninya atau biarkan begitu sahaja”

Bila difikirkan kembali, betullah kata senior tersebut. Allah memang sengaja temukan kita dengan insan seperti Kak H. Supaya kita dapat berfikir sedalam-dalamnya tentang hikmah di sebalik pertemuan tersebut.

Dalam dunia ini, kita bertemu dengan ramai orang menyakitkan hati. Tidak kurang juga dengan insan-insan yang begitu memberi inspirasi. Namun, adakah kita tergolong dalam golongan yang menyakitkan hati kepada orang lain? Dan yang paling penting, sejauh mana diri kita mampu menjadi qudwah kepada orang lain? Bukankah seorang guru sinonim dengan peranan sebagai  role model kepada anak didiknya?

Apa yang orang lain lihat pada diri kita? Sesuatu yang berharga atau hina? Ada tak apa-apa pada diri kita yang mereka boleh contohi? Atau sekadar mencebik berisighfar melihat sahsiah kita?
Allah…

Kata guru-guru, “Biar akademik tidak A, yang penting akhlaknya A supaya orang suka”.


Kak H,
Beliau merupakan antara insan yang sering kali ke meja ku setiap pagi untuk bertanya khabar.

Beliaulah yang membuatku bersemangat untuk ke sekolah setiap hari,

Beliaulah insan yang sentiasa membuatku tersenyum sendiri,

Beliaulah insan di mana kisah bersamanya paling banyak aku tulis dalam diari,

Ketika bersamanya, aku mahu masa berhenti di sini.

Moga kita sama-sama berusaha meningkatkan kualiti diri di samping mengajak orang ke arah kebaikan!

Terima kasih Allah kerana mempertemukan aku dengan Kak H. Moga kak H sekeluarga senantiasa berada di bawah naungan rahmatMu.

No comments:

Post a Comment