Friday, 26 August 2016

River Cruise Pulau Warisan

Assalamualaikum.... Semenjak 2 tahun ni dah lama kan kak cik tak menulis. Sungguh, diri ini sangat sibuk dengan hal-hal praktikum. Tambah pula tahun ni tahun akhir kak cik di IPG. Sudah tentu banyak benda nak kena dibereskan untuk melayakkan diri bergelar graduan. Ye dok?

Setiap kali bulan puasa, telah menjadi satu rutin bagi kelas kak cik untuk berbuka puasa bersama-sama di luar. Sebelum-sebelum ini kami acap kali berbuka di dataran shah bandar. Tapi kali ini kami cuba satu kelainan. Iftar di atas cruise sambil menyusuri muara sungai...

Konsep cruise ni sangat santai. Makanan bawa sendiri. Berkelah ramai-ramai atas cruise. Sehari sebelum naik kami booking dulu di sini..

Disebabkan bilangan kami ramai, jadi cruise tu hanya dikhaskan untuk kami. Keesokkan harinya, selepas asar mula bertolak ke lokasi. Macam biasa. Ambil gambar tu penting. Seperti hashtag yang famous dalam kalangan rakan-rakan sekelas kak cik iaitu #cetakkenangan

Inilah adik beradik kak cik selama 5 tahun setengah kak cik berada di bumi penyu ini. 23 orang kesemuanya.

Ini pula geng gugurl sahaja. hiks

Disebabkan hari tu hujan rintik-rintik. jadi tak banyak gambar atas kapal. Buka puasa pun kami berhenti bawah jambatan sultan mahmud. 

Ini gambar ketika waktu malam. Waktu ni dah get ready nak balik lepas buka puasa. Kami singgah solat maghrib di masjid putih.

RIVER CRUISE PULAU WARISAN - RECOMMENDED !

No comments:

Post a Comment