Friday, 26 August 2016

Water Park Tasik Kenyir

Okay, gambar ni agak lama. Hampir setahun yang lepas. Tapi saja nak share jugak kat sini. Hiks.

Tahun lepas, gap antara exam agak jauh. Jadinya datanglah idea gila-gila dengan kawan gila-gila kak cik. Hehe. Kami gamble pergi tasik kenyir. Sebab dengar cerita baru buka taman tema air. Jadinya, lepas solat subuh, kami terus bertolak. Singgah sarapan kejap je kat kedai tepi jalan. Jadinya kami sampai di jeti around 9.00 a.m. Beli tiket di kaunter. Tak ingat sangat. Tapi rasanya rm 25.00/head.
Di seberang sana lah taman tema airnya.

Sedang menuju ke tempat yang ingin dituju ;-)

Gambar itu wajib. Haha. Mandi belum lagi.

Bila sampai, kami sewa locker. Rm5 per locker. Locker tu untuk simpan barangan berharga. So, far puas hati la. Toilet untuk tukar baju pun bersih dan surau untuk solat pun cantik.

 Waterpark ini belum siap sepenuhnya. Yang ada hanyalah kawasan mandi untuk kanak-kanak. Orang dewasa kalau nak cuba aktiviti yang lebih lasak, bolehlah turun bawah sikit, ada kawasan ala-ala macam ninja warrior. Yang tu memang stamina kena kuat. Tapi takpe lah, kami decide nak main kat kawasan sini je. Kebetulan ramaiiiii sangat adik-adik prasekolah yang sedang buat lawatan ke sini... Sorry lah adik-adik, selalu kena mengalah ngan kakak-kakak ni naik gelongsor. hehe..
Kitorang main air sampai mulut biru. Balik semua orang diam dalam kereta.Letih dan terlena.

Keseluruhannya waterpark ini sesuai untuk keluarga yang ada anak kecil. Airnya tidak terlalu dalam. Dan disediakan juga pengawal untuk mengawasi pergerakan anak-anak kita. Ada juga kawasan untuk orang dewasa. Cumanya belum siap sepenuhnya lagi.

No comments:

Post a Comment