Saturday, 1 October 2016

Seoul, South Korea Part 3 (last)

Entre sebenarnya sambungan kepada entre 2 tahun lepas. Hehe... Dan ini entre terakhir untuk lawatan kak cik ke Seoul, awal Disember 2014 yang lalu.

Seoul, South Korea Part 1
Seoul, South Korea Part 2

So, kita sambung dengan hari ke-4 kak cik di korea. Hari ke-4 kami pergi ke Itaewon. Rasanya semua penggemar korea familiar dengan nama Itaewon ni. Sebab sini merupakan lambang Islam di sana. Malah, satu-satunya masjid di Seoul ada di Itaewon. Perjalan agak jauh. Tak ingat berapa lama kami ada dalam subway untuk sampai ke sini.

Masa di bawah tanah cool je. Tak panas sangat tak sejuk sangat. Suam-suam je. Sekali bila dah naik ke kerak bumi ni... Phuhhh..phuhhh...asap keluar kot mula. Tangan dah mula masuk dalam poket baju. Sejuk yang amat. waktu ni awal lagi... Kedai banyak yang tak buka lagi. Mujur awal-awal lagi kami dah breakfast di guesthouse. Thank Jom Travel Crew, tolong masak mushroom soup yang sedap dan panas. 

 Dari subway nak ke masjid tu jalan agak jauh. Adalah dalam 20 minit kot. Tercungap-cungap. Sebab kami sedang mendaki bukit.
 Yeah!, dah nampak masjidnya. 
 Waktu ni, sempat bertembung dengan 2-3 parents yang tengah hantar anak diorang ke sekolah di sebelah masjid ni.
 Sekarang, otw nak pegi bus stop. Nampak macam mendatar  je kan jalan ni. tapi sebenarnya kami sedang menuruni bukit. 
 Tengah tunggu bas untuk ke next destination.
 Yeah, Namsan Tower. Bayangkanlah, menara Namsan ni berada di puncak. Kami naik dari kaki bukit hingga ke bus stop paling atas ni dengan bas. Tapi, sesetengah orang korea ni rilex je mendaki dari bawah. Curam kot. Lepas sampai kat bus stop ni, kami kena jalan kaki hingga ke menara tu. Kalau tengok gambar kat atas ni curam gila kot. Kalau jalan tu, tak sanggup nak toleh belakang. Tapi ada jugak orang korea yang boleh main lawan kejar atas ni. Hish, tak paham betul. Huhu.
 Namsan tower ni sesuailah untuk orang yang nak memetrai cinta mereka dengan padlock ni. Macam-macam manusia ni kan. Hehe.

Habis di namsan tower, kami naik bas semula untuk ke myeogdong market. Kat sini terkenal dengan barangan-barangan kosmetik.As usual, kak cik banyak tunggu orang je. Sebab tak tau nak beli apa. Ambe dok tahu setarang pung bab kosmetik ni. Hehe.


 Sambil tunggu orang lain membeli belah, kita makan dulu shrimp burger di Lotte Ria. 

 Disebabkan masa ni umur kak cik 21 tahun, so kasi chance la kita ambik gambar kedai ni. Waktu ni, sejuk sangat. Sekali ada angin lalu, sejuk dia tu sampai ke tulang sum-sum. Huhu. Kalau tak tahan sangat, kami akan masuk ke mana-mana kedai. Acah-acah nak beli barang, padahal nak tumpang pemanas. hehe.

 Ish, lamanya depa shopping. Urm... kita try kuih ni pulak. Actually tak tau nama apa benda ni. Dia macam roti, then ada telur sebiji atas dia. Harga dalam 1,500 won. Lebih kurang RM4 gitu la kot. sedap di makan panas-panas.

Selesai di myeongdong, kita ke namdaemun market pulak. Sini syurga shopping sourvenir. Keychain, baju,seluar, brooch, semua ada kat sini. 

 ahjumma ni terror kot cakap melayu. masa kitorang membeli di kedai dia, tak dak sepatah perkataan korea pun yang keluar kecuali kamsahamnida. semuanya bahasa melayu walaupun macam pelat indon. hehe.

Barang pun dah banyak kiri dan kanan tangan. so, we are heading to our guesthouse. 
 sambil-sambil tunggu orang, kak cik kagum dengan benda ni, salah satu ciri-ciri negara maju, di mana OKU boleh survive sendiri tanpa perlu pertolongan orang lain. Means, kemudahan awam yang disediakan turut sesuai digunakan oleh OKU. Jalan-jalan kat bawah tanah ni semua tangga tak pun eskelator. Tapi, OKU pun boleh guna dengan adanya alat ni.

Lepas balik guesthouse, solat maghrib-isyak, kami 5 sekawan merayau-rayau di sekitar insadong. Menghabiskan baki duit. Haha.

 Again about street food. Hehe..asyik makan je kan kejenya. Ni kita panggil bahulu inti kacang. Sedap dan murah. rasanya 3 ekor ikan ni dalan 1,000 won je kot.
 ahjumma tak bagi ambik gambar dia, so kita ambik gambar papan tanda kedai dia je..hehe.
 Our last night here. 

 kami 5 beradik di sini. Bila boleh berjimba-jimba lagi yeap? 

dah pernat berjalan, balik semula ke guest house. packing barang, then tidur. seperti biasa tidur ditemani kedinginan malam. sejuk dia yang boleh kak cik gambarkan kat sini, sejuk sehingga kita boleh terjaga dari tidur. tak sama dengan terjaga sebab sejuk air cond. kalau sejuk air cond bleh tarik selimut tebal. boleh switch off air cond. tapi ni tarik selimut pun tetap sejuk. Nak switch off air cond, mana boleh sebab sejuk tu bukan datang dari air cond, tapi aturan alam. Sampaikan kadang-kadang terdetik kat hati "Ya Allah, aku tak mau mati kesejukkan"... hehe... 


 Awal-awal pagi sebelum subuh lagi kami dah gerak ke airport. pkul 5 gerak. dalam sejam lebih jugak nak sampai. tengok gambar ni teringat pulak cerita zombi train to busan. hehe.

sampai di airport, check in, kemudian solat subuh. 

alhamdulillah, a good journey, a great exprience. 

Till we meet again Korea!