Friday, 21 April 2017

Mengapa jodoh berat?


Seorang rakan fb menulis kepada saya suruh mendoakan agar ia bertemu jodoh,katanya dia telah lama berdoa tetapi tidak makbul.Saya lihat orangnya cantik, dari gaya penulisan nampak berbudi bahasa.Setelah merujuk saya menemui kesimpulan bahawa walaupun jodoh itu ditangan Allah, ia boleh terhalang bila dosa tertentu dilakukan dan tidak bertaubat.Jodoh ibarat rezeki bahkan sebahagian jalan rezeki atau hidup kita,maka dosa-dosa tertentu mungkin menyebabkan Allah menangguhkan rezeki dan jodoh sebagai balasan di dunia lagi.
Jika jodoh kita berat atau jodoh anak lambat,jom kita periksa diri dengan perkara berikut,moga kita segera bertaubat dan terurailah apa yg menghalang jodoh.
Pertamanya solat itu pintu gerbang bertemu Allah,tiang agama.Meninggalkan solat bermakna meninggalkan Allah,melupakanNya,maka layaklah kita dilupakan rezeki dan jodoh kita). Melambatkan solat atau menangguh hingga ke hujung waktu juga mungkin dibalas sepadan dg penangguhan rezeki serta jodoh.
Firman Allah“Maka kecelakaanlah bagi orang2 yang shalat (yaitu) orang2 yang lalai dari shalatnya.” (QS 107:4-5)
Jika orang lalai dlm solat pun dikatakan celaka,apa lagi balasan kpd yg menangguh solat,lebih teruk yg meninggalkannya,mungkin dibalas dengan ditangguhkan rezeki dan jodoh.

Kedua ialah dosa syirik.Syirik itu menyekutu Allah dg kuasa lain, mengambil kuasa lain untuk diminta tolong,contoh bila berubat dg dukun atau bomoh yg mengguna jampi serapah dan perbuatan yg bercanggah dg Islam.Bahkan ada yg berikhtiar ke dukun untuk dapat jodoh.Syirik menunjukkan kualiti hubungan dg Allah yg tidak sepenuh hati,masih berharap pada kuasa lain. Maka layaklah Allah balas dg menangguh rezeki dan jodohnya kerana tidak yakin kpd Allah seluruhnya,seolah Allah biarkan orang yg meminta kpd kuasa lain utk menghasil jodohnya sendiri,tentu tidak akan ketemu.Firman Allah,"Janganlah sekali-kali kamu diperdayakan dunia & diperdayakan para penipu yang menggunakan nama Allah” (QS 31:33)
Jikapun orang yg syirik bertemu jodoh,jodohnya mungkin sama dgnya yg suka pd kesyirikan.Firman Allah
“….musyrik laki2 berjodoh dengan
musyrik perempuan, laki2 yang berperilaku buruk dengan perempuan yang berperilaku buruk juga.” ( QS 24:3&26)Jauhilah syirik.

Ketiganya,dosa kepada dua orang tua.Ibubapa kita adalah penghubung kuat dg Allah,redha ibubapa ibarat redha Allah,maka engkar serta berlaku kurang wajar kpd mereka akan mengundang kemarahan Allah yg mungkin dibalas dg kerutan rezeki dan lambatnya jodoh,terhalangnya rahmat Allah.Firman Allah
"Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ah dan janganlah kamu membentak mereka, ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. (QS. 17:23).
Jadi berbuat baiklah dg ibubapa, moga redha mereka membawa redha Allah,doa mereka untuk jodoh anaknya akan dimakbul kerana baiknya hubungan anak dg diri mereka.

Keempat dosa berzina.Berzina bermakna seseorang telah melangkahi ketentuan Allah bahawa nafsu manusia dipuaskan dengan kaedah berkahwin,bukan mengambil jalan mudah bagai binatang, sebaliknya berzina mengabai perintah ini.Maka mereka yg berzina mungkin ditangguh jodohnya kerana dosa melangkahi aturan Allah.Tidak ada jalan keluar yg lain selain bertaubat dg sesungguhnya utk kembali patuh pada aturan Allah, patuh pada hukum berkahwin sbg jalan melampias nafsu.
Kelima,dosa mengumpat dan memfitnah juga mungkin menjauhkan rezeki dan jodoh.Pada mata manusia pun,mereka membenci orang yg suka mengumpat,pada sisi Allah lagilah berat.
“Hai orang2 yang beriman, jauhilah kebanyakan kecurigaan, karena sebagian dari kecurigaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentu kamu merasa jijik kepadanya.” (QS 49:12)

Keenam,memutus silaturrahim. Silaturrahim adalah hubungan kekerabatan,semaklah apakah ada yg terputus supaya segera disambungkan.Maafkanlah,beralahlah,berlapang dadalah kerana memutus silaturrahim itu melanggar hukum bahawa setiap muslim itu bersaudara.Patuh kpd hukum bersilaturrahim ini mungkin menjadi penyebab Allah mempertemukan jodoh kita untuk meluas silaturrahim dan hubungan kekerabatan.Memutus silaturrahim ibarat meruntuh sesuatu hubungan yg Allah telah bina,jd mungkin jodoh kita juga ditangguh kerana dosa meruntuh silaturrahim.
“Sesungguhnya orang2 mukmin itu bersaudara. Karena itu peliharalah persaudaraan dan peliharalah diri anda dihadapan Allah supaya kamu mendapat rahmat”. (QS.49:10)

Ketujuhnya adalah dosa kerana kedekut atau bakhil.Sifat kedekut ini amat bercanggah dg sifat Allah kpd manusia,dan Allah menyeru manusia supaya bermurah hati.Mereka yg bermurah hati dan suka bersedekah di sukai Allah dan didatangkan rahmatNya.Sedekah adalah satu cara untuk memohon pertolongan Allah, setelah kita menolong hamba Allah yg lain dg sedekah.Saya pernah bertemu friend yg bersedekah kpd projek sedekah jariah dg menyebut moga Allah memudahkan jodohnya dan tidak berapa lama selepas itu saya menerima jemputan walimatul urus dari friend tersebut.
Kelapan,sumber makanan yg haram. Periksalah sumber makanan kita dari sifat makanan yg tidak suci atau cara pemerolehannya yg tidak patuh hukum Allah.Ini kerana doa kita tertolak satu darinya kerana makanan yg haram pada sifat atau cara diperolehi.Bahkan setelah diperolehi,sucikan dg berzakat dan lebihkan keberkatannya dg bersedekah sebahagiannya.Keberkatan kpd makanan yg kita makan akan membawa keberkatan hidup, dan satu dari tanda hidup yg berkat adalah bertemu jodoh kerana orang berkahwin itu melaksana sunnah, meluaskan umat dan diberi ganjaran ibadat yg lebih luas dari yg tidak berkahwin.
Ada lagi beberapa perkara lain yg perlu dilakukan untuk memudahkan jodoh namun kesemuanya menjurus kpd perlunya kita membersih diri dari dosa,melakukan amal soleh untuk Allah memudahkan jodoh bagi kita sebagai satu rahmatnya.Jangan hanya terus mengharap,berdoa,tetapi tidak memeriksa diri dan membetulkannya tidak berbuat kebaikan sebagai tukaran ganjaran. Sekuat mana tenaga dikerah, sebanyak mana harta yg dihambur, sebaik mana umpan dipasang, tidaklah memberi sedikit kesan pun untuk memungkinkan jodoh menyembah ke kaki kita,melainkan Allah meredhainya.Jomlah kita cari redha Allah moga Ia redha dan mudahkan pada jodoh dan rezeki kita.Bila seseorang mengadu jodohnya berat,jangan sekedar berpesan dg doa,atau putihkan wajah,sadokan tubuh,tukar fesyen tudong,kuruskan badan, tetapi pesanlah juga supaya bermuhasabah pada dosa-dosa yg dibicarakan ini.Wallahua'lam 
sumber : fbabd ghani haron.

Jodoh tak kunjung tiba? inilah hikmahnya.

Setiap manusia pasti mahu hidup bersama jodoh mereka. Membesarkan anak-anak bersama, bersama-sama menuju ke hari tua sehinggalah ajal dan maut yang memisahkan mereka. Tapi, bagaimana pula yang masih belum memperoleh jodoh? Jodoh belum kunjung tiba? Apa yang patut dilakukan? Bagi anda yang masih setia menanti jodoh, pernahkah anda diajukan dengan soalan seperti ini?
“Eh awak bila nak kahwin?”
“Dah ada calon isteri/suami ke belum?”
Sudah pasti soalan ini mampu membuat sebilangan daripada anda berasa sangat tertekan. Kadang-kadang rasa macam nak marah pun ada pada yang bertanya itu. Tetapi siapalah kita untuk bersuara. Nanti sudah tentu hubungan anda pula yang menjadi
Sesungguhnya persoalan jodoh merupakan salah satu dari rahsia Allah SWT. Jodoh adalah berbentuk rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah kepada manusia. Mendapatkan jodoh tidak semudah cerita cinta dalam filem atau drama Suamiku Encik Sweet tu. Ada pelbagai fasa yang anda harus lalui sehinggakan sampai satu tahap anda sudah mula berputus asa. Namun sebagai manusia, kita mesti tahu akan hikmah-hikmah disebalik apa yang terjadi pada diri kita ini. Teruskan baca entri ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai beberapa hikmah Allah belum mempertemukan dengan jodoh yang sesuai.
Ujian untuk mempertingkatkan amalan
Belum dipertemukan jodoh merupakan satu ujian buat umatNya. Namun, sejauh mana kesabaran kita dalam menerima ujian yang diberikan olehNya? Ujian ini adalah untuk kita sentiasa muhasabah diri kita, perbaiki kekurangan diri kita. Ujian ini bukan hanya kepada anda, malah turut terasa impaknya kepada kaum keluarga anda. Meskipun pelbagai doa telah diamalkan, kalau Allah belum tentukan masanya, pasti belum tiba juga jodohnya. Kita tidak ada kuasa untuk meminta dipercepatkan jodoh, kerana jika belum ada waktunya, orang yang diharapkan pasti belum datang jua. Di sinilah manusia diuji untuk mempertingkatkan amalannya. Allah hanya akan menguji hambaNya yang disenangi. Jika mereka bersabar, maka besarlah nikmatnya.
Waktu untuk membahagiakan orang tua
Pada waktu ini, semasa jodoh masih belum kunjung tiba, saat ini merupakan waktu yang paling sesuai untuk anda membahagiakan mereka yang tersayang. Sama ada ibu bapa, adik beradik atau saudara mara. Ianya juga sebagai satu tanda di mana mereka masih lagi memerlukan bantuan kita. Oleh itu, jadikan waktu ini bukan perkara yang sia-sia, berbaktilah kepada mereka yang masih lagi memerlukan kita.
Takdir Allah SWT
Walaupun belum dipertemukan jodoh oleh Allah SWT, kita sebagai umatNya hanya mampu berdoa, teruskan berdoa dan usah mudah berputus asa, kerana ini merupakan takdir yang telah Allah tetapkan pada kita. Jangan sesekali marah pada takdir, kerana setiap yang ditetapkan oleh Allah pasti ada hikmahnya. Sehingga saat ini anda masih belum dipertemukan jodoh, ada baiknya kita sentiasa berprasangka baik dengan Allah SWT.
Bagi yang sudah dipertemukan jodoh, atau yang melihat orang lain masih belum bertemu jodoh, sebaiknya, teruskan berdoa kepada mereka agar dipermudahkan bertemu jodoh, selain daripada bertanyakan soalan yang mampu membuat mereka tertekan. Apa yang kita tahu, jodoh adalah misteri, yang ditulis oleh Allah, sehingga mereka tidak mempunyai kuasa untuk mendatangkan jodohnya sendiri selain daripada berdoa dan berusaha sahaja, selebihnya mereka hanya mampu tawakal sahaja. Wallahualam.